Wednesday, August 29, 2012

Minum Racun Kerana Isteri Tak Izin Kahwin Lagi Satu


GEORGETOWN — Seorang warga emas nekad meminum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertama di Farlim, Air Hitam di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, dalam kejadian pukul 1.45 petang itu, lelaki berusia 68 tahun terbabit meminum racun itu di sebuah klinik swasta di sini.
Beliau berkata, tindakan itu diambil setelah permintaan lelaki berkenaan untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya.
“Lelaki itu kini dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kong Meng berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Marang : Ditembak Ketika Main Dam




MARANG -  “Siapa Pak Mat Bulan?“ tanya seorang lelaki sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Mat Keya Jusof, 54, sebaik mangsa menjawab pertanyaan berkenaan dalam kejadian di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, di sini, kelmarin.

Ketika itu, mangsa seorang penebar roti canai yang juga bapa kepada lima anak sedang bermain dam di kedai miliknya. Tiba-tiba tiga lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva tiba dan memanggil nama samaran mangsa iaitu Pak Mat Bulan. Salah seorang lelaki itu kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Mat Keya rebah akibat terkena dua das tembakan di belakang badannya. Manga yang dikejarkan ke hospital bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mangsa, Mat Keya Yusof menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan, kejadian berlaku kira-kira jam 11:30 malam semalam.

Tambah ACP Manoharan, siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat. Motif sebenar kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. - pulakdah

Friday, August 17, 2012

9:01 AM | Posted by Desperado Kes bunuh dan rogol mayat Sabturiah, abang ipar mangsa ditahan bantu siasatan



SHAH ALAM - Polis menahan seorang pemuda yang merupakan abang ipar kepada Sabturiah Faisal, 19, bagi membantu siasatan kes bunuh dan rogol gadis itu di sebuah rumah di Taming Jaya, Balakong pada Isnin lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan pada pukul 2 petang kelmarin di sebuah kilang di Jalan Semenyih, Kajang tempat suspek bekerja.


"Siasatan awal mendapati suspek bekerja di sebuah kilang sama dengan adik iparnya yang menjadi mangsa bunuh dan isteri suspek sendiri.


"Setakat ini, lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengenai kematian Sabturiah," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.


Menurut beliau, abang ipar mangsa ditahan dan direman sehingga 21 Ogos lalu selepas lelaki itu dipercayai memberi keterangan meragukan kepada polis berhubung kejadian yang menimpa anak ketujuh daripada 12 adik-beradik itu.


Difahamkan, pada hari kejadian, abang ipar Sabturiah dikatakan 'hilang' dari tempat kerjanya selama satu jam pada waktu tengah hari sebelum kembali menyambung tugas pada sebelah petang.


Akhbar pada Rabu lalu melaporkan, mayat Sabturiah yang berasal dari Kampung Merotai Besar dekat Tawau, Sabah dijumpai dalam keadaan terlentang di dalam bilik tidurnya oleh abang ipar mangsa pada pukul 7 malam Isnin lalu.


Laporan bedah siasat yang dikeluarkan oleh pakar patologi dari Hospital Serdang menunjukkan hampir semua organ dalaman mangsa yang masih bujang lebam manakala hati mangsa pecah.


Pemeriksaan juga mendapati mangsa dirogol selepas kematiannya dipercayai pada waktu tengah hari sebelum mayatnya dijumpai pada sebelah petang. pilihan anda

Thursday, August 16, 2012

Penyanyi wanita dirogol dan dibunuh oleh penghantar kurier!!



Seorang penyanyi China, Fu Li telah dirogol dan dibunuh oleh seorang lelaki yang juga penghantar barang yang percaya beliau adalah seorang wanita yang kaya kerana membuat beliau banyak membuat belian atas talian secara pukal dan banyak.

Menurut Asian Bite, Fu telah dirogol dan dibunuh di rumahnya di Beijing pada 30 Julai lalu oleh penghantar barang Zhang Kunpeng, setelah menipu penyanyi itu beliau menghantar barang yang dipesan dari Internet.

Zhang pernah beberapa kali menghantar barang ke tumah penyanyi berkenaan, tetapi hari ini beliau mengambil tindakan untuk merogolnya.

Beliau terpaksa membunuh penyanyi tersebut setelah merogolnya kerana takut perbuatannya itu terbongkar.

Mayat Fu telah ditemui oleh ahli keluarganya kemudian, tetap Zhang telah pun melarikan diri ke Beijing.

Beliau ditahan oleh pihak polis ketika mahu menaiki keretapi dan mengaku merogol penyanyi itu.

Kematian Fu mengejutkan ramai pihak dan rakan-rakan artisnya.

"Saya seperti tidak percaya Fu telah mati. Saya kemudian menghubungi kawan-kawan terdekatnya bagi mengesahkan berita tersebut," kata bekas pengurusnya.

"Saya berasa sangat sedih mendengar berita buruk ini," kata Wang Jian, seorang pemuzik dan kawan rapat Fu.

"Dia seumpama adik kepada saya, kali terakhir saya hubungi dia pada 29 Julai yang lalu untuk mengatur jamuan makan malam dan semuanya kini sudah berubah, dia telah tiada!"

Wednesday, August 15, 2012

Lagenda badminton Punch Gunalan meninggal dunia




KUALA LUMPUR: Bekas bintang badminton Malaysia Datuk Punch Gunalan, 68, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini pagi ini selepas bertarung dengan penyakit.
Penglibatan cemerlang Punch Gunalan dalam sukan badminton bermula pada awal 1960-an dengan menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963).

Beliau juga menjadi juara remaja Kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.

Pada 1970, Punch Gunalan mewakili skuad Piala Thomas dan sekali lagi pada 1973.

Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.

Pada tahun 1974, beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel, Christchurch, New Zealand.

Punch Gunalan dianugerahkan Olahragawan Negara pada 1969 dan 1974.

Selepas berhenti bermain, Punch Gunalan melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan dan merupakan Ketua Jurulatih Pasukan Piala Thomas Malaysia pada 1992. - Bernama

Majlis Kahwin Lesbian Di Taiwan


Huang Mei-yu dan pasangannya You Ya-ting berikrar di hadapan patung Budha dan melangsungkan acara pertukaran tasbih di Taoyuan, Taiwan Utara.

Huang Mei-yu (kiri) dan pasangannya You Ya-ting disambut oleh Biksuni Shih Chao-hui sebelum upacara pernikahan sebagai pasangan lesbian pertama yang dinikahkan dalam pemberkatan Budha di Taoyuan, Taiwan.

Dua perempuan mengikrarkan diri sebagai pasangan dalam pernikahan sesama jenis pertama dengan pemberkatan ajaran Budha di Taiwan, sebuah langkah yang menurut kelompok-kelompok HAM akan membantu menjadikan Taiwan, kawasan pertama di Asia yang melegalkan pernikahan gay.

Fish Huang (Huang Mei-yu) dan pasangannya You Ya-ting, yang sama-sama mengenakan gaun pengantin warna putih, berikrar di hadapan patung Budha dan melangsungkan acara pertukaran tasbih, bukan cincin, di Taoyuan, Taiwan Utara.

Hampir 300 penganut ajaran Budha memanjatkan doa untuk memberkati pasangan yang sama-sama berusia 30 tahun itu.

Shih Chao-hui, biksuni yang memimpin upacara itu, menyebut pernikahan tersebut sebagai momen bersejarah. Orangtua pasangan itu sama sekali tidak hadir dalam upacara itu.

Taiwan adalah salah satu negara di Asia Timur yang paling liberal secara budaya.   Kelompok-kelompok gay dan lesbian telah selama bertahun-tahun mendesak pemerintah untuk melegalkan pernikahan sesama jenis.

Untuk membangkitkan kesadaran akan masalah ini, sekitar 80 pasangan lesbian meresmikan diri sebagai pasangan tahun lalu dalam pernikahan sesama jenis terbesar di  Taiwan, yang menghadirkan sekitar 1000 teman, kerabat dan orang-orang yang ingin tahu.

10 tahun dirantai kekasih

PATERSON (New Jersey): Polis yang memeriksa sebuah apartmen untuk mengesan dadah terkejut apabila menemui seorang wanita dirantai dalam bilik tidur dipercayai sejak beberapa tahun atau sedekad lalu.
Wanita berusia 44 tahun itu ditemui sepasukan polis di rumah Michael Mendez yang terletak Paterson, New Jersey.

Mendez, disyaki anggota kumpulan samseng Latin Kings. Jurucakap polis, Brian Polite, berkata berdasarkan siasatan dan bukti, penyiasat yakin wanita terbabit dikurung antara dua hingga 10 tahun lalu.
“Wanita itu kadang-kadang dibenarkan keluar dari bilik ketika teman lelakinya berada di rumah,” katanya. Jiran Mendez berkata, dia mengenali lelaki terbabit beberapa tahun lalu dan memang dikenali ramai di kawasan penempatan berkenaan.

Katanya, Mendez, 42, sering dilihat di luar rumah dan sesekali mengilatkan kereta atau mendengar muzik. Dia juga mengaku melihat wanita terbabit beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun lalu.

“Saya pernah nampak wanita itu masuk ke kereta beberapa tahun lalu,” katanya. Sementara itu jiran di tingkat atas apartmen Mendez mendakwa mereka tidak sedar ada orang lain tinggal di kediaman berkenaan. Seorang daripada mereka berkata, jika tidak kerana penemuan polis semalam, dia tidak tahu ada wanita di situ. Polis berkata, Mendez kini ditahan di Penjara Passaic dan tidak dapat dipastikan sama ada dia diwakili peguam atau tidak. Dia berdepan dakwaan menculik, mengurung serta kesalahan lain, termasuk berkaitan dadah.
Menurut polis, mereka menemui 4,200 pil kawalan bernilai AS$100,000 (RM311,476), 190 gram ganja dan hampir AS$23,000 (RM71,639) wang tunai. - AP

Wanita sorok TV 42 inci celah peha

OSLO: Seorang wanita ditangkap selepas berjalan keluar dari sebuah kedai bersama-sama televisyen 42 inci di celah paha.
Polis menangkap wanita itu yang ditemani teman lelakinya selepas dia berjalan terincut-incut ke pintu keluar kedai berkenaan di Oslo, ibu negara Norway, dengan skirtnya menutup barangan elektrik berharga RM15,000 itu.

Wania itu berupaya membawa televisyen berkenaan dengan menyepitnya di celah paha ke perhentian bas berhampiran.

Bagaimanapun, seorang pekerja yang mengeyaski perbuatan wanita itu, menelefon polis yang menangkapnya di dalam bas.

Wanita terbabit dan teman lelakinya, warga Romania. Dia memberitahu polis dia mempunyai otot paha yang amat kuat.

“Bukan sesuatu yang luar biasa untuk pencuri meletakkan barangan yang dicuri mereka di dalam skirt,” kata jurucakap polis di Oslo, Tor Grottom.

“Kami mula menyangka ia tidak mungkin dapat dilakukan tetapi kami mencubanya di balai polis, menggunakan khidmat seorang anggota wanita. Ia memang sukar tetapi masih boleh dilakukan,” katanya.

Kejadian berlaku Khamis lalu dan ramai penduduk Norway mengulas kejadian itu menerusi Internet berkata, mereka tidak boleh melakukan sedemikian.

Polis bagaimanapun berkata, setakat ini tidak ada kecurian seumpama itu dilaporkan.

Wanita terbabit yang digelar ‘Paha Petir’ oleh sebuah stesen radio Norway berusia 31 tahun dan masih ditahan untuk disoalsiasat berhubung kemungkinan terbabit dalam kes lain. - DM

Ular sawa gergasi ditangkap




FLORIDA : Seekor ular gergasi sepanjang 5.4 meter dengan 87 telur ditangkap ketika ia berkeliaran di Taman Negara Everglades.
Ular sawa Burma seberat 70 kilogram itu adalah yang paling besar pernah ditemui di Florida dan dipercayai yang terbesar pernah ditangkap di Amerika Syarikat.
Ular jenis itu berasal dari Asia Tenggara tetapi beribu-ribu ekor haiwan berkenaan dipercayai hidup di taman negara itu selepas dilepaskan oleh penduduk dan beranak-pinak.

Dan saintis memberi amaran, haiwan sebesar itu boleh memusnah hidupan lain.

Pakar dari Muzium Florida, Kenneth Krysko berkata: “Ular sepanjang 17 kaki akan memakan apa saja yang diingininya.

“Ular ini hidup sejak sekian lama di hutan. Tidak ada apa yang dapat menghalang mereka dan hidupan liar lain berdepan dengan masalah.”

Ular sawa yang dibunuh itu mempunyai bulu di dalam perutnya. Saintis merancang untuk mengenal pasti hidupan liar yang dimakannya.

Ular sawa Burma membiak di kawasan iklim panas dan lembap di Everglades selepas banyak di antaranya dibebaskan oleh pemiliknya.

Pakar berkata, yang lain mungkin terlepas dari kedai haiwan peliharaan selepas Taufan Andrew pada 1992 dan membiak sejak itu.

Ular itu membunuh mangsa dengan membelit dan melemaskannya. Mereka mampu menelan haiwan sebesar rusa dan buaya.

Pengimportan ular sawa kini diharamkan di Florida dan kerja memburunya dibenarkan.

Bagaimanapun, langkah itu memberi kesan yang kecil saja terhadap populasi mereka.

Pakar bilogi Muzium Florida, Rob Robins berkata, haiwan itu sukar ditangkap dan memandangkan mereka sudah membiak di Everglades, usaha untuk menghapuskan mereka tidak mungkin dapat dilakukan.

“Saya percaya anda akan melihat lebih banyak ular seumpama itu ditangkap,” katanya. - DM

Keluarga Mualaf 16 Orang Anak Terima Bantuan Selebriti

KUALA LUMPUR: Buat pertama kalinya Aidilfitri ini, semua 16 anak pasangan mualaf Siti Nur Faizah Abdullah, 43, dan Junatal Asah, 45, akan beraya dengan pakaian baru sumbangan insan prihatin yang mahu membantu, sekali gus menceriakan hati mereka.
Meskipun ada antaranya perlu diperbaiki kerana tidak memenuhi ukuran badan, namun keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak berusia 21 hingga tiga tahun itu kerana tak perlu lagi menyarung pakaian lusuh atau terpakai pada pagi Aidilfitri nanti. Siti Nur Faizah ketika dihubungi berkata, dia terkejut didatangi seorang selebriti semalam yang membelikan pakaian baru untuk anaknya kerana tidak menyangka ada insan yang masih luhur budi dan ingin membantu meskipun awalnya sukar untuk memilih pakaian pada saat akhir Ramadan.

“Saya memang terkejut. Insan ini berstatus selebriti yang tak mahu didedahkan. Selepas kisah kami keluar akhbar Isnin lalu, dia ada datang bersama pembantunya mengambil ukuran badan anak-anak yang ketika itu hanya ada 15 orang saja untuk dibeli baju raya.
“Tetapi, mungkin sukar untuk penuhi ukuran, ada antara anak saya tidak muat memakai pakaian berkenaan. Namun, ia bukanlah masalah besar kerana masih sempat lagi untuk ditukar atau dibetulkan mana yang sesuai.

“Cuma, saya nak ucapkan terima kasih kepada beliau yang menceriakan hati anak. Mereka gembira sangat dengan pemberian ini. Ada juga yang beri mainan walaupun terpakai, tapi beri makna besar kepada si kecil yang dah lama mahukannya,” katanya.

Jelasnya lagi, di sebalik sokongan dan sumbangan orang ramai, dia tidak nafikan ada pihak tertentu yang mencercanya kerana menganggap sengaja menjadi ‘pengemis media’ dan memandang rendah maruah keluarganya.
Katanya, tohmahan begitu sukar diterima, namun bersyukur kerana suaminya sentiasa bersikap positif dan mahu mereka sekeluarga menganggapnya sebagai suatu ujian dari Allah SWT.

“Bukan niat saya untuk menjaja cerita apatah lagi menagih simpati. Saya tidak meminta tetapi jika orang berniat memberi dan membantu secara ikhlas, kami juga tak mahu menghampakan hati mereka.
“Terlalu berat tohmahan yang diberikan, namun saya tahu saya perlu bersabar. Kami sekeluarga harus kuat,” katanya.

Sementara itu, Badan Khairat New Straits Times Press (NSTP) dengan kerjasama Harian Metro sejak semalam sudah mewujudkan tabung khas untuk kakitangan NSTP menyumbang kepada keluarga Siti Nur Faizah dan Junatal.

Setiausahanya, Zamanuddin Jusoh, berkata sudah lebih RM1,000 dikumpul dan angkanya terus meningkat apabila ramai kakitangan NSTP prihatin dengan nasib golongan memerlukan.

Monday, August 13, 2012

[Gambar] KL Monorel Terkandas , Lebih 100 penumpang terperangkap







Kira kira 100 orang terperangkap di dalam monorail yang terkandas di hadapan Wisma Monorail, Jln Tun Sambathan, Brickfields Kuala Lumpur petang tadi. Kerosakan berlaku sebelum stesen Monorail Tun Sambanthan.

Seorang wanita yang sedang sarat mengandung pengsan manakala dua lagi penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki ekoran terkena kaca yang pecah. Ketiga-tiga mereka dikejarkan ke Hopsital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil. RapidKL memberitahu mereka sedang meneliti punca gerabak itu terkandas. - Budak Botak

Friday, August 10, 2012

Apa hubungan Pandalela Rinong dengan Johari Pain???


Itulah kehebatan Johari Pain, hanya perlu mengeluarkan status di laman sosial facebook, dia terus menjadi femes. Heh.
Apa status beliau yang sampai femes di laman sosial facebook terutama page-page sukan malaysia ini?


Selepas Pendelela Rinong beraya merangkul pingat gangsa buat Malaysia, semua rakan-rakan facebook meminta agar beliau menunaikan janji beliau. Tapi, hanya manusia yang bodoh saja akan melakukan sebegini. Hehe.
Akhirnya, Johari Pain telahpun memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia mengenai status yang dikeluarkannya itu. Nampaknya, lain kali kenalah berhati-hati sebelum mengeluarkan status sebegini.

Wednesday, August 8, 2012

Resepi : Puding Roti Karamel


RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)

Resepi : Kuey Tiaw Ladna



Kuey Tiaw Ladna
Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 250 gram kue teow
  • 4 sb minyak sayuran
  • 1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
  • 100 gram isi ayam - di potong kecil2
  • 2 sb tepung jagung
  • 11/2 cawan brokoli
  • 1 sb bawang putih - dicincang kasar
  • 1 sb taucu (yellow bean sauce)
  • 2 cawan stok ayam
  • 1 sb sos ikan
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb maggi seasoning
  • gula, serbuk perasa & sedikit serbuk white pepper

Cara-cara

  1. Gaulkan isi ayam dengan 1 sb tepung jagung dan maggi seasoning. Perap selama 10 minit.
  2. Di dalam mangkuk, gaulkan kue teow dengan 1 sb minyak & kicap pekat. Kemudian goreng dalam nonstick pan sehingga warna kekuningan. Angkat dan sejukkan.
  3. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga bewarna kekuningan. Masukkan taucu (yellow bean sauce) dan goreng lagi sehingga sebati. Masukkan pula ayam yg telah diperap tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan pula stok ayam dan masak hingga mendidih.
  4. Masukkan brokoli, sos ikan, sos tiram, gula & serbuk perasa. Kacau hingga rata. Masukkan pula tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit stok ayam.
  5. Bila sudah pekat, angkat dan tuangkan ke atas kue teow tadi. Taburkan sedikit serbuk white pepper.

Resepi : Kuih Badak Berendam


Resepi Kuih Badak Berendam

Bahan untuk inti kelapa kuih Badak Berendam:
200 gm kelapa parut (buang kulit arinya)
1 sudu makan tepung jagung
120 ml air
100 gm gula melaka
30 gm gula pasir
¼ sudu teh garam atau secukup
rasa
1 helai daun pandan


Cara membuat inti kelapa:
1.Masak gula melaka & gula pasir
bersama air hingga gula larut.
2.Kemudian tapis. Gaulkan campuran air gula ini bersama kelapa parut, garam dan daun pandan lalu dimasak atas api.
3.Akhir sekali, masukkan tepung
jagung dan digaul rata hingga inti
pekat.
4.Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.


Bahan untuk kuah Kuih Badak Berendam
600 ml santan pekat
2 helai daun pandan
1 sudu makan tepung jagung atau
tepung beras
½ sudu teh garam atau secukup
rasa


Cara membuat kuah:
Satukan semua bahan lalu dikacau
sehingga pekat.


Bahan untuk kulit Kuih Badak Berendam:
300 gm tepung pulut
180 gm kentang (direbus, kupas kulit dan lecek halus)

1 sudu teh pes pandan
230 ml air
½ sudu teh garam
½ sudu teh gula
½ sudu teh warna kuning
(Satukan semua bahan ini)


Cara membuat kulitnya:
1. Uli tepung pulut, kentang lecek dan semua bahan lain.
2. Ambil sedikit adunan; leperkan dan diisi dgn inti kelapa lalu ditutup menjadi sebiji bebola. Buat begini sehingga selesai semua bahan tadi. 3. Sementara itu, didihkan air dalam periuk, masukkan sedikit garam dan daun pandan.
4. Kemudian rebuslah bebola-bebola tadi di dalam air yg sedang
mendidih itu.
5. Apabila sudah masak, bebola-bebola tadi akan timbul ke atas. Angkat dan terus bubuh ke dalam kuah yg telah siap.
6. Siramkan kuah hingga menutupi semua bebola-bebola tadi.

Senarai 12 Penipuan Yang Popular Di Malaysia


Penipuan sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar, boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-

1. Jual beli tanah

Modus operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.

2. Tawaran pakej haji dan umrah

Modus operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.

3. Bomoh buang sial

Modus operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga mangsa wanita dicabul dan ditiduri.

4. Jual beli kereta

Modus operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan diri bersama kereta.

5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi

Modus operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang. Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000. Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan. Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa adalah penduduk dikawasan kampung.

6. Menang hadiah utama loteri

Modus operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.

Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu

Modus operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak wujud.

8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam

Modus operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit, kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan mangsa.

Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)

Modus operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu. Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan sanggup ditipu.

10. Gores dan menang

Modus operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik, kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang dilaburkan.

11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah

Modus operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah pada harga potongan lebih 70 peratus.

Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong

Modus operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di peroleh.

Resepi : Beriyani Ikan Bawal Resepi Malabar Kutty


Kerala Fish Biriyani/Pomfret Fish Biriyani(Malabar Style Fish Biriyani)

For Rice :-


Ingredients:-


1) Jeera Rice/Kaima Rice - 2 Cups(Can use Basmathi rice instead if you don't have Jeerakasaala  Rice)

2) Cinnamon stick - 2 small
3) Cardamon - 2 to 3
4) Cloves - 4
5) Bay leaves - 3
6) Whole pepper -10
7) Ghee/Oil - 2 tsp
8) Water- 3 3/4 cup
9) Salt -2 tsp
10) Ghee fried cashews and raisins a handful

Preparation Method:-


  • In a thick bottom vessel, add some ghee/oil in low-med flame. Add whole spices(ingredients from 2 to 6) saute for few minutes till they start to give a nice aroma, pour in the water and salt and get to boil.
  • Add the rice, stir with a spoon till the bottom of the vessel, cover it with an air tight lid and let it cook till all the water evaporates.
  • Switch off the stove and let it sit for few minutes say 10 minutes(don't put the spoon and try to sir the rice immediately, rice might stick when it is very hot and stick to the bottom). 
  • Move the rice to two to three platters and let them cool so that rice do not stick to each other.

Preparing Fish Masala:-


Ingredients:-


  1. Pomfret Fish sliced and cleaned ~ 2 lbs(you can use fish of your choice, preferably less bone fish like kingfish)
  2. Turmeric pdr - 1 tsp +  ½ tsp
  3. Chilly powder- 1 tsp + 1 tsp
  4. Onion very finely sliced -2 big(~ 3 cups) 
  5. Tomato finely sliced - 2 med(~ 1½ cups)
  6. Green chilly slit into halves - 4
  7. Ginger, garlic very finely chopped or crushed - 2tbsp each
  8. Curry leaves a sprig
  9. Coriander leaves chopped ~ 2 tbsp
  10. Salt to taste
  11. Garam masala - 1 tsp
  12. Vinegar ~ 2 tsp
  13. Oil -1 tsp + 2 tsp
  14. Thick Coconut Milk - 3 tbsp(I used canned coconut milk, if using fresh coconut milk extract  ½ cup to 1 cup coconut milk. can use water instead as well but coconut milk gives a better taste)
  15. Water ~  ½ cup(can add bit more according to the gravy required)

Preparation Method:-

  • Marinate the fish with 1tsp turmeric powder, 1 tsp chilly powder, salt and vinegar and keep aside for an hour if possible. 
  • In a non-stick pan add a tsp of oil and slightly fry the fish both sides and keep aside.
  • Add 2 tsp oil in a frying pan, add onions and saute for few minutes till they turn translucent, add green chilies, crushed ginger, few curry leaves, salt and saute till onion turns light brown. 
  • Add the chopped coriander and tomatoes and saute well till tomato are soft and oil starts leaving the edges.
  • Add ½ tsp turmeric powder, 1 tsp of chilly powder and garam masala and saute to mix. Dilute the thick coconut milk by adding  ½ cup of water, add to the masala and stir well till everything is incorporated.
  • When the gravy start to boil add the fried fish pieces and mix with masala very gently taking care not to break the fish. 
  • Simmer the heat to low-medium, cover the pan and let it cook for few minutes in low heat(10 minutes). 
  • Take off the stove and let it cool for few minutes. 
Layering(Dumming) and finishing:-
  • Preheat the oven to 350 degree F in bake mode. 
  • Take a baking tray add a layer of rice, followed by a layer of fish masala, cahews, raisins.
  • Repeat the process with rest of the rice, masala, cahews and raisins. 
  • Garnish on top with some fried cashews and raisins. Cover the top tightly with a silver foil.
  • Bake it for around 25-30 minutes. Serve hot with raita, pappad and pickle.

Pelik : 3 Remaja Lelaki Berpayudara Seperti Perempuan


Pelik tapi benar apabila 3 adik beradik lelaki ini mempunyai buah dada seperti seorang wanita. Mereka tiga beradik semuanya adalah lelaki. Namun kerana keadaan genetik yang jarang ditemui 3 beradik ini mempunyai payudara besar layaknya seorang wanita.

Ramirez bersaudara yang berasal dari Republik Dominica ini mengalami Gynecomastia, keadaan genetik yang terjadi pada lelaki kerana mengalami ketidakseimbangan hormon.

Gynecomastia biasanya disifatkan oleh pertumbuhan abnormal payudara lelaki. Ini berkaitan dengan pertumbuhan tisu payudara.

Keadaan ini boleh berlaku pada satu atau kedua-dua belah payu dara.

Bertubuh lelaki namun dengan payudara layaknya wanita tentu saja membuat tiga beradik ini sering diganggu, diejek malah dipukul oleh teman-temannya.

Namun kini tidak lagi setelah payudara besar mereka berjaya dinormalkan melalui pembedahan.

Isu asrama: Unisel mohon perintah mahkamah



HAH ALAM - Pihak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) mengambil tindakan drastik dengan berusaha mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan kira-kira 1,000 penuntut Unisel Kampus Bestari Jaya memasuki asrama untuk sesi pengajian yang bermula semalam.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, tindakan mendapatkan perintah mahkamah tersebut sedang dilakukan Unisel sebagai usaha membantu pelajar agar dapat memasuki asrama tersebut dalam masa terdekat.

Malah, beliau turut mempertikaikan tindakan syarikat pengurusan hostel, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menutup pejabat asrama tersebut sebagai tindakan tidak wajar dan melanggar perjanjian.

“Jika JNSB tidak berpuas hati dengan Unisel, mengapa pihak JNSB tidak memfailkan saman kepada universiti?.

“Mengapa menjadikan penuntut Unisel ini mangsa keadaan dalam isu ini. Nampaknya tindakan JNSB ini melanggar perjanjian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Ahli Lembaga Pengarah Unisel membuat keputusan menghentikan sementara pembayaran kerja penyelenggaraan asrama bagi membolehkan pengauditan dilakukan berhubung laporan yang diterima membabitkan prestasi kerja syarikat tersebut.

“Kita (Unisel) pernah cuba berunding, tetapi terma kontrak dilihat berat sebelah.

“Oleh itu Lembaga Pengarah Unisel membuat keputusan menghentikan sementara pembayaran setelah pihak pengauditan yang dilantik mendapati ada kekurangan dari pengurusan Unisel,” katanya.

Dr Halimah menyangkal dakwaan JNSB di mana tiada perbincangan bersama dilakukan dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Kita pernah membuat perbincangan bersama, namun tidak menemui jalan penyelesaian sehinggalah sekarang di mana kita sekarang dalam proses peguam dalam menentukan orang tengah.

“Orang tengah dalam menyelesaikan masalah antara Unisel dan JNSB ialah Setiausaha Kerajaan Negeri dan kita di peringkat peguam,” katanya.

Pelajar Unisel dihalang masuk kolej kediaman


KUALA SELANGOR - Lebih 1,000 penuntut Universiti Selangor (Unisel) berhadapan masalah mendapatkan tempat tinggal berikutan pengurusan kolej kediaman institusi itu didakwa enggan membenarkan mereka menduduki asrama masing-masing selepas mereka mendaftar masuk hari ini.
Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Unisel, Mohd Jeffri Abu Hassan berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu secara rasmi oleh pengurusan Unisel dan hanya mendapat tahu secara lisan daripada beberapa pihak berkaitan.
"Perkara ini tidak diisytiharkan, apa yang kami tahu asrama tidak dibuka kerana pekerja (yang mengendalikan urusan asrama) tidak mendapat gaji oleh sebab itu mereka tidak datang bekerja... ketua mereka turut bercuti sejak Jumaat lalu tanpa meninggalkan apa-apa notis pemberitahuan berhubung perkara ini," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata, penuntut yang tidak dapat memasuki kolej kediaman terdiri daripada pelajar semester kedua hingga tahun akhir.
"Penuntut tahun satu dan penuntut baru telah mendapat kunci dan boleh tinggal di asrama masing-masing kerana mereka telah mendaftar awal iaitu pada seminggu yang lepas...pada waktu itu pejabat operasi asrama masih lagi dibuka," katanya.
Beliau berkata, bagi menangani masalah itu pihak MPP dengan kerjasama Badan Kebajikan Hal Ehwal Pelajar telah menyediakan asrama sementara bagi membantu penuntut yang tidak mempunyai tempat tinggal.
Dua beradik Nurini Anwar, 20, dan Nurhaya, 18, menyifatkan masalah itu sebagai satu beban kepada penuntut.
"Saya dan adik datang dari kampung untuk menyambung pengajian di sini dan apabila perkara ini berlaku, kami kecewa... pagi tadi apabila sampai dari kampung kami diberitahu oleh pihak (pengurusan) kolej tidak boleh masuk ke asrama sebab tidak ada kunci... itu sahaja alasan yang diberikan," katanya yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam laporan akhbar sebelum ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel berhutang hampir RM15 juta dengan Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang bertanggungjawab membangun dan menguruskan kediaman penuntut di kampus induk universiti itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor.
Hutang itu termasuk tunggakan bayaran melibatkan kos penyelenggaran di kampus induk dan operasi asrama universiti milik penuh kerajaan negeri Selangor itu.
Selain berhadapan dengan masalah penginapan, penuntut juga terpaksa menanggung beban kewangan apabila Unisel didakwa membuat potongan wang dari Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka, melebihi dari jumlah yang sepatutnya.
Mengulas lanjut mengenainya, Mohd Jeffri mendakwa pelajar mengadu bahawa baki wang pinjaman PTPTN yang diterima mereka pada Sabtu lepas jauh berkurangan.
"Bagi penuntut yang mengambil Ijazah Sarjana Muda, mereka akan memperolehi wang pinjaman dari PTPTN minimum sebanyak RM8,000 untuk setiap semester manakala bagi pelajar diploma, mereka akan menerima RM4,000...separuh daripada jumlah itu pula akan ditolak untuk membayar yuran pengajian...namun apa yang menyedihkan ada penuntut mengadu kepada saya yang mereka menerima baki wang pinjaman hanya berjumlah kira-kira RM1,000.
"Kami sebagai penuntut ingin tahu ke mana perginya wang kami...dan kenapa kami tidak diberitahu mengenainya dan apa sebab Unisel melakukan tindakan sedemikian," kata Mohd Jeffri. - Bernama

Dirogol lima lelaki menyamar jadi pegawai cegah maksiat

KOTA BHARU- Seorang wanita dipercayai dirogol bergilir-gilir lima lelaki di sebuah rumah kosong di Tanjung Mas di sini selepas didatangi dua individu tidak dikenali menyamar sebagai anggota pencegah maksiat, Ahad lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian, dipercayai mangsa keluar berjumpa dengan teman lelakinya jam 2 pagi di bawah Jambatan Tanjung Mas.
Lai berkata, semasa pasangan terbabit sedang berbual, tiba-tiba terdapat dua lelaki tidak dikenali menghampiri pasangan itu dan menyamar sebagai anggota pencegah maksiat.
“Dua suspek ini memberitahu mereka dari jabatan kerajaan sambil menunjukkan kad. Salah seorang suspek tersebut memberitahu mahu membawa mangsa dan teman lelakinya ke balai polis dan jabatan pencegah maksiat.
“Tetapi mangsa ada bagi tahu kepada dua suspek ini, mereka (pasangan terbabit) hanya berbual dan tidak melakukan apa-apa,” katanya, semalam.
Lai berkata, dua suspek itu kemudian berunding untuk melepaskan pasangan tersebut tetapi dengan syarat dua suspek itu menghantar mangsa pulang, manakala teman lelakinya perlu balik sendiri.
“Oleh sebab percaya dua lelaki ini merupakan pegawai pejabat agama, teman lelaki mangsa terus balik ke rumah seperti diarahkan manakala mangsa akan dibawa ke balai polis.
“Kemudian mangsa dibawa naik motosikal suspek dan dibawa ke sebuah rumah kosong dan dirogol bergilir-gilir,” katanya. - sinar harian

Tuesday, August 7, 2012

Bekas Tentera dipenjara 7 hari akibat kesalahan seks luar tabi'i



Seorang bekas tentera dihukum penjara tujuh hari selepas didapati bersalah atas pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap seorang suri rumah yang juga jirannya, tahun lalu.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhkan hukuman terbabit terhadap Ibrahim Mohd, 63, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Hakim juga memerintahkan Ibrahim membayar kos perundangan sebanyak RM2,000 terhadap pihak pendakwaan, dan memerintahkan hukuman penjara itu bermula hari ini.

Ibrahim didakwa meliwat wanita berusia 49 itu di sebuah rumah di Taman Desa Ria, di sini, pada jam 1.30 petang, 27 September 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam Esther Tan yang mewakili tertuduh, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan berikutan usia anak guamnya serta penyakit jantung yang sedang dihadapinya.

Lima saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan termasuk tertuduh dipanggil memberi keterangan.

Hospital swasta hidang sayur berulat kepada pesakit



GEORGETOWN - Seorang pesakit di sebuah hospital swasta cemas apabila hampir termakan ulat yang dihidangkan bersama dalam hidangan makan malamnya ketika menerima rawatan di situ.

Mohamad Naim Ishak, 29, yang juga pekerja hotel di Batu Feringghi dimasukkan ke hospital berkenaan kerana mengalami masalah usus.

Menurutnya, dia tidak menafikan sepanjang beberapa hari dimasukkan ke hospital itu kebanyakan makanan yang dihidangkan kurang memuaskan.

“Kemuncaknya apabila pada hari terakhir berada di wad, saya dihidangkan sayur dan juga ayam.

“Ayam yang diberikan masih mentah dan tidak masak sepenuhnya, sementara ketika saya mengangkat sayur untuk dimakan, tiba-tiba ulat keluar dari celahan sayur dan saya amat terkejut,” katanya.

Pengalaman pertama berada di hospital itu menjadi mimpi ngeri bagi Mohamad Naim.

Dia kemudiannya membuat aduan kepada pihak hospital setelah merakam semua gambar makanan menggunakan telefon bimbitnya.

Pihak hospital kemudiannya bersetuju untuk bertemu dan menyelesaikannya dengan cara baik.

Mohamad Naim berkata, dia kemudian dibawa ke kantin hospital dan kakitangan dari Kuala Lumpur memintanya untuk menyelesaikan perkara itu di luar sahaja, tetapi sampai sekarang masih tiada berita diterima.

“Bagi saya ini melibatkan ancaman kesihatan kepada pesakit kerana saya mengalami cirit birit selama tiga hari selepas makan sayur dan ayam itu,” katanya.

Tidak berpuas hati dengan tindakan acuh tidak acuh pihak hospital swasta itu, mangsa kemudiannya membuat laporan ke Pejabat Kesihatan negeri. Mohamad Naim menegaskan dia bukan mahu mencari publisiti, sebaliknya mahu menjadikan kisahnya sebagai teladan.

“Walaupun bil hospital saya dibayar melalui insurans, tetapi ia sesuatu yang tidak patut berlaku. Saya juga membayar insurans bulanan dengan harga yang mahal. Kita bayar perkhidmatan mahal tetapi layanan dan makanan yang diberikan tidak sepadan,” katanya.

Friday, August 3, 2012

Bala Ponteng Kelas - Bahu Tercucuk Pagar


BEIJING: Seperti pepatah “buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat,” begitulah takdir menimpa seorang pelajar yang cuba ponteng sekolah semalam.
Gara-gara ingin melarikan diri dari kelas, De Fang menderita kesakitan amat sangat selepas bahunya ditembusi pagar sekolah.

De, 16, dilaporkan melarikan diri dari kelas dan memanjat pagar sekolahnya di daerah Suixi di wilayah Anhui, tengah China.

Bagaimanapun, dia tersilap langkah dan tergelincir, menyebabkan satu daripada bilah pagar itu tercucuk bahu kanannya.

Media tempatan melaporkan, De menjerit sekuat hati untuk meminta tolong.


Dia bernasib baik kerana suaranya segera didengari pelajar lain yang bertindak pantas menghubungi pihak sekolah.


Anggota bomba kemudian dikejarkan ke sekolah untuk menyelamatkan De.

Saksi berkata, anggota bomba terpaksa mengangkat tubuh De ke udara untuk beberapa ketika sebelum mereka dapat memotong pagar berkenaan. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tempatan untuk menjalani pembedahan kecemasan. Jurucakap hospital berkata, doktor memerlukan masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan bilah besi itu sebelum dapat merawat kecederaannya. Sementara itu, De berkata, dia berasa begitu gementar ketika melompat pagar berkenaan.

Keadaan itu, katanya, menyebabkan tapak tangannya basah kerana berpeluh. “Saya tersalah langkah dan tergelincir ketika memanjat pagar,” katanya. - DM

Aiskrim Baskin-Robbins percuma sekiranya Malaysia menang pingat emas



KUALA LUMPUR: Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif "Impian Emas" Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.
Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.

"Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita," kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.

"Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia.

"Kami mahu berkongsi visi yang sama dengan Baskin-Robbins dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas perkongsian hebat mereka dalam inisiatif ini di bawah Impian Emas Negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.


"Kami mahu kegembiraan sentiasa berterusan. Pengunjung awal yang datang ke acara kami itu bukan sahaja mendapat skup aiskrim percuma tetapi juga baucar eksklusif menawarkan tawaran paling menarik," kata Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn Bhd, rakan kongsi Baskin-Robbins di Malaysia.


"Ini akan menjadi satu daripada sumbangan terbesar kami setakat ini kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa kami yang tersedia di kedai kami.


"Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate kami.


"Kami mahu semua rakyat Malaysia menikmati kejayaan manis ini dan cara yang terbaik adalah berkongsi peristiwa bersejarah ini bersama-sama menerusi skup aiskrim Baskin-Robbins pilihan Malaysia.


"Ini merupakan saat yang menggembirakan dan kami mahu setiap orang dan setiap rakyat Malaysia meraikannya," kata Cheah. - Bernama

Cuti Ganti Aidilfitri Pada 17hb Ogos 2012



Takwin asal yang dikeluarkan , tiada cuti berganti kerana Hari Raya AidilFitri 2012 dijangka pada 19 & 20hb Ogos sewaktu Cuti Pertengahan Penggal Ke 2.
Cuti Pertenggahan Penggal ke 2 bermula pada 17hb Ogos 2012 bagi sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu ( Kumpulan A ) .
18hb ogos 2012  pula bagi sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya ( Kumpulan B )
Atas permintaan sekolah-sekolah Kumpulan B yang hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan perkeliling bertarikh 31 Julai 2012 dengan membenarkan sekolah-sekolah dalam Kumpulan B diberi cuti berganti pada 17hb Ogos 2012 ( Jumaat ).
Tapi jangan lupa makcik-makcik ye, anak kita perlu ke sekolah pada hari Sabtu 22hb September 2012 untuk mengantikannya.
-kujie2.com

Mengatur Perlawanan - 3 Negara Dibatalkan Penyertaan Olimpik 2012




Empat pasangan beregu wanita yang terlibat dalam menipu perlawanan di Sukan Olimpik London 2012 telah dibatalkan penyertaan mereka.

Empat pasangan itu merupakan dua pasangan Korea Selatan, satu dari Cina, dan satu dari Indonesia kerana sengaja bermain untuk kalah dalam perlawanan mereka dan memanipulasi kedudukan pertemuan di peringkat suku akhir seperti yang
dilaporkan di sini.

Persekutuan Badminton Dunia telah mendakwa kesemua lapan pemain itu kerana
"tidak memberikan usaha terbaik mereka untuk memenangi perlawanan" dan "kesalahan tingkah laku yang boleh menjejaskan sukan itu".

Empat pasangan itu sepatutnya bermain di dalam 8 perlawanan peringkat akhir petang semalam di Arena Wembley tetapi nampaknya jadual perlawanan akan disusun semula.


Ada kemungkinan pasangan pemain yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam kumpulan mereka akan layak bertanding kerana kerana penyingkiran pemain-pemain yang menipu perlawanan ini.


Semuanya bermula apabila pilihan utama dari China, Wang Xiaoli dan Yu Yang seolah-olah cuba untuk merancang kekalahan mereka ketika menentang pasangan utama Korea Selatan,
Jung Kyung-Eun dan Kim Ha-na untuk mengelakkan mereka daripada menjuarai peringkat kumpulan mereka.

Ini sekaligus mengelakkan mereka daripada bertemu pasangan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei.


Dalam pertemuan lain dalam Kumpulan C antara pasangan Indonesia,  Meiliana Jauhari dan Greysia Polii  yang bertemu pasangan kedua Korea Selatan, Ha Jung Eun dan Kim Min Jung juga bermain dengan taktik serupa - untuk kalah.


Beberapa
kali kedua-dua pasangan ini sengaja memukul bulu tangkis keluar atau terkandas di jaring, sehinggakan pengadil perlawanan mengeluarkan kad hitam, tanda melakukan kesalahan paling keras dalam badminton.

Pertandingan tersebut tetap dilanjutkan sehingga selesai dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-12 untuk kemenangan ke atas pasangan Korea Selatan.

Kedua-dua pasangan pemain sengaja bermain untuk kalah bagi mengelakkan bertemu dengan lawan terkuat dalam pertemuan suku akhir.


Semua pemain telah dicemuh oleh penonton dengan sorakan 'boo' kerana bermain dengan tidak profesional.
- pulakdah