Friday, September 28, 2012

Bajet 2013 : Tuntutan Cupacs

Antara salah satu cadangan yang dituntut dalam Bajet 2013 : Bonus Tambahan, Bonus Setengah Bulan oleh CUEPACS. Adakah ianya akan ditunaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada 1.4 juta Kakitangan Awam. Sama-sama kita nantikan menerusi Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 Malaysia Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tepat pada pukul 4.00 petang ini.. ^__^

Dalam
6 Tuntutan Utama yang disenaraikan oleh Cuepacs bagi Bajet 2013 sebelum ini. Cuepacs mencadangkan agar kerajaan memberi perhatian dalam isu ;


1.
Perumahan mampu milik terutama di kawasan bandar.     “Perumahan mampu milik di bandar untuk penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami berharap kerajaan dapat memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang memerlukan pemaju perumahan di bandar bagi mengeluarkan rizab 35 peratus daripada projek-projek mereka bagi membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000,”2. Elaun perumahan sewa bulanan semasa perlu dinaikkan dari kadar semasa iaitu RM180, bersesuaian dengan kadar pasaran sekarang.

3.
Pemberian bonus tambahan selain daripada bonus setengah bulan yang diberi sebelum ini.

4. Memperjuangkan
nasib 45,000 pekerja kontrak yang akan berakhir pada 31 Disember ini –     “Kebanyakan mereka berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Kami berharap Kerajaan dapat mempertimbangkan sewajarnya bagi melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan,”

5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat


6. Menyelesaikan
isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan (KGT).

Sekiranya 70 peratus cadangan yang diusulkan oleh Cuepacs diluluskan dan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2013 ini. Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah
berjanji agar penjawat awam bekerja lebih masa sebagai balasan.

- Sanggup ke kakitangan kerajaan mengamalkan budaya datang bekerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat (30 minit) ?
Anastasyea Blog

Wednesday, September 26, 2012

2952 SAMAN Dikeluarkan Kamera AES Dalam 2 HARI

PETALING JAYA: Apabila lampu bertukar kuning, anda hanya mempunyai dua saat sebelum ia bertukar menjadi merah dan kamera akan menangkap anda melakukan kesalahan lalu lintas di bawah Automated Enforcement System (AES).

Masa yang diberikan adalah di dalam pertimbangan "elemen manusia" sekiranya anda tidak boleh untuk berhenti serta-merta apabila lampu isyarat bertukar.


Di bawah sistem itu, anda diberikan kelonggaran 10kph melebihi had laju, menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Datuk Solah Mat Hassan.


Sebagai contoh, jika had kelajuan 110kph, anda hanya akan "ditangkap" kamera AES jika anda memandu melebihi 120kph, katanya pada satu taklimat media di sini, semalam.


"Oleh itu, pesalah tidak lagi boleh berkata mereka hanya memandu beberapa kilometer melebihi had laju atau lampu isyarat bertukar merah serta merta."


Solah juga berkata sistem ini yang mula berkuatkuasa pada hari Ahad lalu dengan 14 kamera dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan di Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur dimana 10 kamera untuk pesalah yang memandu melebihi had laju dan empat lagi kamera untuk menangkap pesalah yang melangggar lampu merah.


Dalam dua hari, 2952 pesalah telah ditangkap oleh kamera, 809 melakukan kesalahan memandu laju dan 2143 lagi melakukan kesalahan melanggar lampu merah, tambah beliau.


Solah berkata bahawa kamera ini akan dipasang di 817 kawasan hitam di seluruh negara pada tahun depan.


Beliau berkata dengan resolusi 11 megapiksel, kamera ini mampu menangkap imej yang jelas walaupun kenderaan bergerak pada kelajuan tinggi.


"Imej yang ditangkap akan dihantar secara automatik kepada pusat kawalan AES dan nombor pendaftaran kenderaan pesalah akan diperiksa dengan pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan sebelum notis saman diposkan kepada pemilik kenderaan.


"Pesalah akan menerima notis saman mereka dalam tempoh lima hari dari tarikh mereka melakukan kesalahan. Mereka diberi tempoh dua bulan untuk membayar kompaun RM300 mereka. Jika tidak mereka boleh diheret ke mahkamah jika enggan membayar," 
katanya.

Solah menegaskan bahawa penggunaan AES bukanlah bertujuan untuk mengeluarkan saman, tetapi untuk mendidik pengguna jalan raya menjadi lebih berhemah dan mengurangkan bilangan kematian disebabkan kemalangan di negara ini.


Oleh itu, beliau berkata, papan tanda diletakkan untuk memberi amaran yang mencukupi akan kewujudan kamera itu.


Dua syarikat konsesi, Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd bertanggungjawab melakukan operasi AES, dimana setiap satu syarikat melabur
antara RM300 juta dan RM400 juta. - pulakdah

Suria KLCC didakwa diskriminasi Melayu

Seorang usahawan wanita yang menjalankan perniagaan fotografi di kompleks beli-belah Suria KLCC di sini mendakwa diarah mengosongkan premisnya pada 30 Sept ini tanpa alasan kukuh.Sherifah Salim berkata beliau menerima notis itu tiga bulan lepas dan rayuannya agar terus dibenar berniaga di situ tidak mendapat sebarang jawapan.
“Saya tidak menghadapi sebarang masalah dalam perniagaan, malah sewa juga dibayar tepat pada masanya sejak mula berniaga pada 1998,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Ruslan Kassim, di lobi Parlimen, di sini, Selasa.
Sherifah mendakwa walaupun sewa kedainya kini melambung sehingga RM22,500 sebulan berbanding RM7,500 ketika mula berniaga, beliau tetap mampu membayar sewa berkenaan tanpa kelewatan.
“Sekarang pengurusan enggan menyambung sewa saya, malah alasan yang diberikan ialah mengenai prestasi jualan sedangkan perniagaan saya tidak merudum,” katanya.

Beliau meminta agar pihak pengurusan pusat beli-belah itu menimbang semula notis tersebut memandangkan pada masa ini hanya terdapat kira-kira lima peratus peniaga Melayu di kompleks berkenaan.

Sementara itu, Ruslan berkata pihak pengurusan Suria KLCC harus memberi penjelasan yang wajar dalam kes tersebut.Ini kerana katanya, setiap usahawan berhak menjalankan perniagaannya di pusat beli-belah berprestij itu selagi mereka tidak melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan. - KL-TODAY

Monday, September 24, 2012

Kematian akibat kecuaian kakitangan hospital, kementerian bayar pampasan

KUCHING: Jawatankuasa Siasatan Luar yang dilantik Jabatan Kesihatan Negeri mendapati kematian akibat kegagalan jantung pesakit Anna Kajan berpunca daripada kecuaian kakitangan Hospital Sri Aman.

Susulan itu, Kementerian Kesihatan akan membayar pampasan kepada suami si mati, Tomsom Rudi Ramba, seorang buruh dari Lubok Antu.


Jawatankuasa berkenaan mencapai keputusan dalam satu mesyuarat pada Rabu lepas dan akan mengemukakan laporan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut dan syor mengenainya.


Perkara itu didedahkan oleh Pengerusi DAP Sri Aman Leon Jimat Donald yang menemani Tomsom ke mesyuarat itu.


Leon berkata, mereka dimaklumkan terdapat kecuaian oleh kakitangan hospital dan mengesahkan si mati meninggal dunia kerana kegagalan jantung.


“Memandangkan tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap Anna, wujud justifikasi bagi memohon pampasan kepada Tomson kerana jika pihak hospital cuba menyelamatkan dia ketika tiba di hospital, dia mungkin masih hidup hari ini.


“Oleh kerana kurang efisien dan terlepas pandang oleh kakitangan Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Sri Aman pada hari berkenaan, ia telah menyebabkan kehilangan satu nyawa,” ujar Leon.


Tomsom memohon pampasan daripada hospital memandangkan isterinya meninggal dunia di wad kemalangan selepas kembali ke situ semula dua jam kemudian apabila mereka tidak diterima oleh kakitangan di situ.


Dia membawa isterinya ke hospital itu dari Lubok Antu selepas mengadu sakit dada, tetapi diarahkan ke poliklinik di mana mereka terpaksa menunggu doktor selama dua jam.


Apabila tiba giliran, katanya, doktor dengan segera cuba merawat isterinya dan mendapati dia berhadapan dengan masalah jantung.


Mereka kemudian menunggu ambulans tiba untuk membawa Anna dari poliklinik ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Sri Aman semula tetapi gagal menyelamatkannya apabila tiba di hospital.


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datu Dr Zulkilfi Jantan mengesahkan ada siasatan dilakukan berhubung kematian Anna.


Katanya, jawatankuasa siasatan boleh ditubuhkan selepas menerima aduan oleh ahli keluarga apabila wujud kecuaian atau punca-punca lain.


“Laporan akan dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan yang akan menentukan jenis tindakan diambil terhadap kakitangan terbabit. Kementerian juga akan membayar pampasan terhadap ahli keluarga terlibat,” katanya.

Ubat sakit dengan gambar bogel

KUANTAN – Seorang gadis sanggup mencederakan diri serta menghantar gambar bogelnya melalui Perkhidmatan Pesanan Multimedia (MMS) kononnya untuk mengubati teman lelaki yang diserang penyakit jantung.

Gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Caroline, 16, berkata, dia mengenali lelaki itu sejak Februari tahun lalu selepas diperkenalkan oleh rakan sekolahnya.

Namun, sepanjang tempoh perkenalan dengan lelaki itu, mereka tidak pernah berjumpa, sebaliknya hanya berhubung melalui telefon.

“Lebih setahun saya berkenalan dengan lelaki itu tetapi belum pernah berjumpa. Saya hanya mengenalinya melalui gambar yang dihantarnya melalui MMS. Dalam tempoh perkenalan kami, dia memang seorang lelaki yang baik dan romantik,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kuantan, semalam.

Katanya, sebelum ini teman lelakinya pernah meminta dia menghantar gambar bogel dan akur terhadap permintaan itu kerana rasa sayang.

“Tanpa berfikir panjang, saya memberi gambar yang diminta kerana percaya permintaan itu sekadar suka-suka, tiada niat lain,” katanya.

Caroline berkata, peristiwa hitam hidupnya bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang lelaki yang mengaku sebagai bapa saudara teman lelakinya bahawa kekasihnya itu terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit jantung.

“Ketika itu, pakcik teman lelaki saya yang turut bergelar ‘Datuk’ meminta supaya saya MMS gambar bogel bagi mengubati teman lelaki saya.

“Selain itu, dia turut memberikan syarat lain iaitu tidak boleh tidur selama enam hari kerana jika saya tidur, teman lelaki saya itu akan mati,” katanya.

Lebih berani, bapa saudara teman lelakinya itu turut menyuruh Caroline mencederakan diri kerana boleh memberikan alasan didera oleh ibu bapa jika dia keluar dari rumah nanti.

“Dia (pakcik) kata, ada makhluk halus yang memerhatikan saya setiap masa, jadi saya kena ikut segala kemahuannya jika mahu teman lelaki selamat. Dia juga ada menghantar MMS gambar lucah teman lelaki saya selepas saya menghantar gambar saya,” katanya.

Tingkah laku pelik Caroline bagaimanapun dapat dikesan oleh ibunnya yang menyedari dia tidak tidur pada waktu malam.

Menurut ibunya yang dikenali sebagai  Mei Ling, 35, dia mendapati anaknya tidak tidur dan duduk di biliknya sambil menangis ketakutan.

“Ketika ditanya, anak saya menunjukkan telefonnya dan menceritakan apa yang berlaku.

“Bimbang dengan keselamatan anak, saya membuat dua laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan iaitu pada 18 September dan 20 September,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, Sim Chong Siang berkata, mana-mana remaja yang mengalami masalah yang sama diminta tampil membuat laporan polis bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Sinar Harian 24 Sep 2012

[Gambar] 12 rekaan selipar yang kerazy....













[Gambar] Majlis Perkahwinan Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah


Majlis Istiadat Persandingan Pengantin Diraja diantara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pangiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dengan pasangannya Yang Mulia Pengiran Haji Muhammad Ruzaini bin Pengiran Dr. Haji Mohd. Yakub








 Pasangan DiRaja ini telah diijabkabulkan di Masjid Brunei yang cantik sangat... pada 20 September yang lalu



credit : Maharum Bugis Syah

Thursday, September 13, 2012

[Gambar] Nasi Goreng Pattaya Super Comey

Wednesday, September 12, 2012

Akibat Parking Sesuka Hati






[Gila] Ibubapa Gaduh, Anak Terkena Tembakan

IPOH - Seorang remaja lelaki berumur 15 tahun cedera di kaki selepas terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan bapanya di rumah mereka di Taman Panorama Rapat Indah, Gunung Rapat di sini, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 petang itu, mangsa dipercayai mahu meleraikan pergaduhan antara ibu dan bapanya sebelum terkena tembakan tersebut.
"Berlaku perselisihan faham antara suspek dan isterinya sebelum pergaduhan berlaku di antara mereka. Suspek yang menggunakan pistol jenis Browning cuba bertindak melepaskan tembakan terhadap isterinya.
"Malangnya mangsa yang mahu meleraikan pergaduhan itu terkena tembakan tersebut," katanya menerusi sistem pesanan ringkas.
Mohd Shukri berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu yang terkejut dengan kejadian tersebut kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal.
Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Permaisuri Bainun untuk rawatan lanjut dan gerakan mencari suspek sedang dijalankan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya segera melaporkannya kepada balai polis berhampiran. - Bernama

Restoran 80 meter di bawah tanah

PARA pelanggan sedang makan malam di restoran Muru Pop Down yang terletak di dalam lombong Tytyri di Lohja, Finland kelmarin.

LOHJA - Seorang cef pemenang anugerah membuka sebuah restoran baharu yang unik di Finland pada kedalaman 80 meter di bawah tanah.
Menyajikan pelbagai hidangan istimewa seperti ikan salmon masin, daging anak lembu dan siput dimasak bersama epal cincang, restoran itu berada di dalam lombong batu kapur Tytyri di sini, sekitar 60 kilometer ke barat ibu kota Finland, Helsinki.
Harga makan malam merangkumi empat hidangan di restoran Muru Pop Down itu hanya AS$160 (RM497) termasuk kos pengangkutan pergi balik ke lombong itu dari Helsinki.
CEF Niklas Ekblom (kiri) dan pengusaha restoran Timo Linnamaki menyediakan makanan di restoran Muru Pop kelmarin.
"Saya seronok bekerja di restoran bawah tanah ini kerana anda jauh dari dunia luar, jadi, anda tiada gangguan untuknya memasak," kata cef berkenaan, Timo Linnamaki.
Seorang pengunjung ke restoran tersebut, Olli-Pekka Jantti berkata, makanan yang disediakan amat lazat.
"Saya juga sukakan kelainan apabila makan di restoran ini, anda berada jauh di dalam bumi, anda berasa amat pelik," katanya.
Lombong berkenaan yang berusia 115 tahun memiliki kedalaman 380 meter.
Sebahagian lombong tersebut masih beroperasi dengan kebanyakan galian itu digunakan dalam industri kimia. - AP

Simpan kereta curi di hospital


KLANG – Taktik kumpulan penjenayah yang menjadikan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini sebagai tempat menyembunyikan kereta curi terbongkar selepas polis menemui lima buah kereta curi di kawasan tempat letak kereta di premis itu Sabtu lalu.
Ketika ditemui pada pukul 12 tengah hari itu, salah sebuah kereta terbabit didapati dijadikan tempat untuk suspek menyembunyi enam bilah parang, enam topeng ski, enam sarung tangan getah dan tiga helai jaket disyaki digunakan untuk kegiatan jenayah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pembongkaran bermula apabila polis menjalankan rondaan di hospital itu sejak dua minggu lalu.
Katanya, polis kemudian membuat pemeriksaan selepas curiga apabila mendapati kereta itu tidak beralih di tempat letak kereta terbuka itu selama seminggu.
“Semakan mendapati kereta yang tidak berkunci dan menggunakan nombor pendaftaran palsu itu dicuri di Batu 9 Cheras, Kajang, Bestari Jaya dekat sini dan Nibong Tebal, Pulau Pinang.
“Sebuah kereta Proton Waja pula mengandungi peralatan yang dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Tambahnya, kumpulan terbabit dipercayai menjadikan HTAR sebagai tempat meletakkan kereta curi sebelum dijual atau digunakan untuk melakukan jenayah.
Menurut Mohamad, pihaknya masih belum membuat tangkapan dan masih menyiasat mengapa penjenayah memilih hospital untuk meletakkan kereta curi itu.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohamad berkata, polis menahan lima pencuri kereta mewah dan merampas 10 paket syabu, sebuah kereta Honda Accord, 11 keping nombor plat kenderaan dan dua rangkai anak kunci kereta Jaguar dan Porsche Ahad lalu.
Tangkapan pertama dilakukan di sebuah hotel di Taman Chi Liung di sini bersama kereta Honda Accord yang dicuri di Pudu, Kuala Lumpur sebelum polis menahan empat lagi termasuk seorang wanita di sekitar Klang.
Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dera Amah : Mahkamah tambah hukuman penjara 2 beradik

SHAH ALAM 11 Sept. - Kekejaman dua beradik yang melakukan kekerasan jenayah seksual dengan menyumbat objek seperti biskut, pisang dan hujung botol air minuman ke dalam alat sulit seorang pembantu rumah warga Indonesia, berbalas hari ini apabila hukuman penjara mereka ditambah daripada dua tahun kepada lima tahun.
Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan demikian selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan hukuman penjara 24 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terhadap kedua-dua suri rumah itu, Wong Choy Lin, 40, dan Wong Choy Kin, 38.
Keputusan Hakim Noor Azian Shaari itu sekali gus menolak rayuan kedua-dua suri rumah tersebut terhadap sabitan dan hukuman tersebut.
Kedua-dua wanita itu disabitkan bersalah oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 13 Oktober tahun lalu atas kesalahan melakukan kekerasan jenayah seksual itu sebanyak dua kali terhadap mangsa, Hanif Muawanan Muhyi dari Surabaya yang berusia 25 tahun ketika kejadian, pada September dan Julai 2004.

Tuesday, September 11, 2012

Pura-pura Mati Untuk Uji Kekasih


MOSCOW – Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.
Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.
Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.
Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.
“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.
Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.
Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.
“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” – DM

Peragut kena belasah


KUALA LUMPUR – Seorang penjenayah tegar bukan sahaja gagal melarikan barangan yang diragut malah dia cedera parah apabila dibelasah orang ramai yang geram dengan tindakannya menyamun seorang wanita di dalam lif flat Wisma Hock Ann, Jalan Haji Hussein, Chow Kit di sini semalam.
Kejadian pukul 12 tengah hari itu berlaku ketika suspek berusia 30 tahun tersebut cuba melarikan diri selepas mencekik dan melarikan rantai leher, dua bentuk cincin emas, loket serta telefon bimbit milik wanita tersebut yang kesemuanya bernilai RM2,800.
Mangsa berusia 33 tahun dan merupakan pekerja salon.
Seorang saksi, Kamal Ngah, 57, berkata, orang ramai yang mendengar jeritan meminta bantuan kemudian ternampak suspek yang ketika itu cuba melarikan diri ke arah Masjid Jamek.
Katanya, peragut itu kemudian dapat diberkas ketika dia cuba menyelinap masuk ke lorong di belakang sebuah warung.
“Ketika kejadian, saya sedang minum dengan kawan-kawan di warung berhampiran dan melihat seorang lelaki telah diberkas dan dibelasah oleh orang awam sebelum diserahkan kepada polis,” ceritanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Bertaruh di Indonesia, Beroperasi di Kemboja



PHNOM PENH - Pihak berkuasa Kemboja pada Isnin lalu telah menahan seramai 114 warga Indonesia dalam satu serbuan perjudian bola sepak secara online di sekitar bandar raya ini.
Menurut Chhay Sinarith dari Kementerian Dalam Negeri Kemboja, sekumpulan 90 lelaki dan 24 wanita itu ditahan di dua buah rumah kediaman di bandar tersebut.
"Mereka ditahan ketika sedang menjalankan operasi perjudian yang diharamkan di negara ini.
"Mereka terlibat dalam pertaruhan bola sepak," katanya kepada AFP.
Beliau berkata, kumpulan itu mengambil pertaruhan bola sepak daripada orang ramai di Indonesia dan semua urusan perjudian dibuat melalui akaun bank secara online. - kosmo

Tempe Sekinchan



PERJALANAN menuju pekan Sekinchan di Sabak Bernam, Selangor yang mengambil masa hampir dua jam dari Kuala Lumpur tidak begitu dirasakan jauhnya lebih-lebih lagi selepas mendengar kelazatan tempe yang diusahakan oleh seorang pengusaha di daerah yang terkenal dengan sawah padi itu.
Sebaik sahaja sampai di Taman Ria, Sekinchan, kru Jurnal disambut oleh seorang wanita yang berusia 57 tahun yang masih sihat dan bertenaga.
"Jangan fikir bukan-bukan, ini bukan sebab makan tempe," katanya bergurau.
Tempe sememangnya dikenali sebagai antara makanan bagi masyarakat Jawa di negara ini malah majoriti penduduk negara jiran, Indonesia menggemarinya.
Jariah menceritakan, beliau telah mengusahakan perniagaan tempe selama hampir 30 tahun.
"Cerita asal mengenai tempe saya kurang pasti tetapi menurut kisah yang diperturunkan dari generasi ke generasi, ia bermula selepas berlakunya kebuluran di Indonesia pada tahun 1930.
"Ramai yang terpaksa mencari makanan alternatif. Pada mulanya mereka mencuba biji getah kemudian soya yang ditransformasikan menjadi tempe.
"Hakikatnya, apabila manusia tertekan dan hidup dalam keadaan sukar mereka menjadi kreatif untuk mencipta sesuatu yang boleh memberikan manfaat," ujarnya.
Kata Jariah, perniagaan tempe yang diusahakannya secara kecil-kecilan mendapat sambutan hangat semasa musim perayaan dan kenduri-kendara.

TEMPE merupakan makanan wajib bagi masyarakat Jawa di negara ini.



"Ada juga yang menempah tempe untuk dibuat barangan hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan. Kebiasaannya ia diletakkan di dalam bekas khas.
"Tempe yang disediakan ialah jenis tempe goreng pedas," ujarnya.
Teruja
Wanita ini berkata, tempe sesuai dibuat goreng dan dicicah dengan sambal kicap. Selain itu, makanan ini juga sedap dimasak rendang dan lodeh.
Bagaimana pula dengan rasanya, penulis berpeluang untuk merasainya sendiri. Teksturnya agak lembut selain enak dimakan bersama sambal kicap.
Cukup mengenyangkan tanpa perlu dimakan bersama nasi.
Beliau juga teruja untuk menceritakan bagaimana tempe dihasilkan.
Ujarnya, mula-mula kacang soya dipecahkan menggunakan sebuah mesin khas untuk dikisar. Kemudian ia direndam selama tiga hari di dalam sebuah besen yang dicampur bersama air.
Selepas itu, kacang soya itu dibasuh menggunakan mesin basuh yang diubahsuai sebelum direbus selama dua jam.
Tidak berhenti setakat itu, kacang yang siap direbus akan dicampur bersama ragi untuk mengelakkan pertumbuhan cendawan.
"Sebaik sahaja siap, ia dibungkus dengan daun pisang dan plastik. Daun pisang digunakan kerana ia lebih lembut selain baunya lebih sedap," katanya.
Jariah memberitahu, banyak dakwaan mengenai khasiat tempe tetapi tiada kajian lanjut dijalankan mengenainya.
"Ada yang mendakwa ia menjadikan seseorang lebih awet muda tapi saya percaya perkara itu disebabkan kacang soya sebagai antara bahan utama kosmetik.
TEMPE goreng lebih lazat jika dicicah dengan sambal hitam.


"Selain itu, makanan ini dikatakan mampu mengurangkan sembelit dan sakit perut. Sebenarnya ia bergantung kepada individu itu sendiri," ujarnya.
Tempe juga digunakan sebagai baja organik untuk pelbagai jenis pokok seperti pisang, mempelam dan nanas.
Semasa sedang rancak berbual dengan Jariah, suaminya Paad Damin, 65, pulang ke rumah menggunakan kenderaan Mitsubishi Storm.
Seakan-akan mengetahui perbualan kami berkisar mengenai tempe dia terus memotong perbualan penulis dengan isterinya.
"Dahulu berniaga tempe sukar kerana saya menjualnya menggunakan sebuah basikal tua. Perjalanan dari rumah menuju ke pekan Sekinchan sejauh 10 kilometer.
"Untuk memprosesnya juga agak rumit dengan biji kacang soya dibasuh di saluran air sawah padi, tapi dahulunya airnya bersih selain tiada penggunaan racun perosak," katanya.
Kemudian, ia dihancurkan menggunakan kaki sebelum diproses.
"Sekarang lebih mudah dengan penggunaan teknologi moden termasuk kenderaan seperti Mitsubishi Storm berwarna kuning itu untuk proses penghantaran," katanya tersenyum.
Paad menceritakan, kaum Cina dan India juga meminati tempe. Malah, seorang kanak-kanak Australia turut menggemari tempe yang belum digoreng yang dijamahnya di tapak perniagaan milik Paad di Pasar Sekinchan.
"Kata budak itu rasa tempe itu seperti kerepek kentang," cerita beliau.
Lelaki yang selesa memakai kopiah ini juga menceritakan pengalaman pahitnya semasa berusia awal 40-an.
Kerepek
"Dahulu, saya berniaga pasar malam. Jadi sering keluar awal pagi dan balik pukul 3 pagi keesokkan hari. Perkara ini berulang selama tiga tahun.
KACANG soya dicampur bersama ragi untuk mengelakkan pertumbuhan cendawan.


"Tetapi peristiwa anak saya memanggil jiran sebelah rumah sebagai 'ayah' menyebabkan saya mengambil keputusan untuk tidak terlalu obses bekerja," katanya.
Anaknya, Hairul Ashid Paad, 35, kemudian memberi nafas baru dengan memperkenalkan kerepek tempe.
"Ia baru bermula pada tahun 2010. Sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Kerepek tempe boleh dimakan begitu sahaja tanpa perlu digoreng.
"Malah, rasanya seperti kerepek pisang dan ubi. Cuma saya tidak berani mengambil tempahan dalam skala besar kerana kurang kemampuan dari segi teknologi dan pekerja.
"Lagipun ini idea bersama saya, isteri Masliza Punari dan bapa mertua," kata Hairul.
Katanya, antara bahan utama yang digunakan ialah garam, jintan manis, rempah biji, ketumbar dan sedikit kapur.
"Kerepek ini akan digoreng dengan minyak panas sebelum dikeringkan selama beberapa jam. Harganya pula RM7.50 untuk 350 gram.
"Ramai yang membelinya untuk dijadikan hidangan semasa Hari Raya Aidilfitri selain kudapan semasa kenduri-kendara," katanya.

Penipuan Melalui Facebook Aplication/Contest


KUALA LUMPUR – Seorang pelajar mendakwa akaun laman sosial Facebook miliknya digodam selepas menyertai peraduan menerusi satu pautan laman web dari sebuah syarikat pengurusan acara pada 4 September lalu.
Akibatnya, penggodam berkenaan telah menggunakan Facebook miliknya untuk meminta rakan-rakan pelajar terbabit membeli kad prabayar bernilai RM10 untuk diisikan kepada satu nombor telefon dipercayai milik penjenayah siber itu.
Menurut mangsa, Koh Hui Fhen, 19, beberapa orang rakannya telah terjerat dengan penipuan yang dilakukan penggodam yang menggunakan Facebook peribadinya.
“Kejadian ini berpunca daripada tindakan saya yang menekan butang ‘kongsi’ apabila diminta mengundi untuk sebuah syarikat, D-sire Se7en Sdn. Bhd. pada 4 September lalu untuk memenangi tawaran hadiah berupa kad prabayar bernilai RM30.
“Akibatnya, tindakan itu telah memberi peluang kepada penggodam untuk mencuri kata laluan saya sebelum menipu wang daripada rakan saya melalui Facebook,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.

Asrama Lelaki MRSM Kuala Kubu Terbakar


HULU SELANGOR 11 Sept. - Kira-kira 300 pelajar yang mendiami asrama lelaki Blok K, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kubu di sini gempar apabila sebahagian bumbung di tingkat dua bangunan itu terbakar malam tadi.
Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.20 malam itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada pukul 9.35 malam dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.
“Seramai 17 anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian. Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan bumbung di tingkat dua asrama itu," katanya di sini hari ini.
Ekoran kejadian itu, kesemua pelajar terlibat diarahkan untuk menghuni di surau sekolah itu sebagai penempatan sementara.- UTUSAN

Thursday, September 6, 2012

[Petaling Jaya] Cubaan Bakar Kelas gagal


PETALING JAYA – Tindakan pantas pengawal keselamatan sebuah pasar raya berjaya menyelamatkan sebuah kelas Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai daripada terbakar.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi semalam itu, pengawal keselamatan terbabit yang sedang bertugas di pasar raya berhadapan sekolah itu ternampak api menyala dari salah sebuah kelas di tingkat 2 lalu bertindak memaklumkan kepada penduduk berhampiran.

Anggota Biro Keselamatan Apartmen Idaman, Fatah Mubin, 36, berkata, dia yang menerima panggilan terus bergegas ke sekolah terbabit sebelum bertindak memaklumkan kepada pengawal keselamatan bertugas.

“Kami memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sekolah namun sebaik tiba di blok bangunan terbabit, pintu jeriji untuk naik ke tangga berkunci dan terpaksa diumpil bagi
membolehkan kami masuk,” katanya

Menurutnya, sebuah kerusi plastik turut musnah selepas suspek cuba memulakan api  dengan melonggokkan buku latihan yang ditinggalkan di dalam kelas tingkat 3 itu.

“Hos pemadam api tidak berfungsi menyebabkan api terpaksa dipadamkan menggunakan air paip dari tandas,” katanya.

Difahamkan, pemeriksaan lanjut oleh polis tidak menemui sebarang kesan pecah namun yakin suspek cuba mengkhianati sekolah.

Susulan itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Damansara Damai berhubung kejadian yang berlaku.

Sinar Harian 5 Sep 2012

[Kuala Terengganu] Tukar Siaran Televisyen, Pemuda Maut Ditikam Abang



KUALA TERENGGANU: Gara-gara perselisihan faham menukar siaran televisyen, seorang pemuda maut dipercayai ditikam abangnya di Kampung Telaga Papan di Kemaman di sini malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu kedua-dua beradik itu dikatakan bergaduh dan bergelut kerana salah faham tersebut.


"Semasa bergelut suspek mencapai objek tajam dan menikam perut mangsa. Sebelum itu pada hari yang sama kedua beradik ini juga bergaduh kerana berebut motosikal," katanya.


Katanya mangsa, berusia 23 tahun, dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kerteh, Kemaman sebelum disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu.


"Selepas pergelutan itu suspek yang berusia 37 tahun terus melarikan diri. Mangsa dipercayai meninggal dunia setelah terkena tikaman tajam pada bahagian badan," katanya.


Manoharan berkata suspek berjaya ditangkap kira-kira 4.15 pagi Rabu di Kampung Telaga Papan, Kemaman.


Katanya hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek juga positif dadah jenis Methamphetamine.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA