Tahniah diucapkan kepada Ally Iskandar dan juga farah Lee yg selamat diijabkabulkan pagi tadi di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Personaliti TV3, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 kini sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 22, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.
Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10 pagi tadi oleh Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, dengan mas kahwin RM250.
Tanpa mendedahkan wang hantaran, Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah Lee menerima tujuh dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin, sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah al-Quran.
Sementara, Ally menerima sembilan dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.

Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini turut mendapat liputan secara langsung TV3.
No comments:
Post a Comment