Hot Minggu Ini

Thursday, February 20, 2014

Lapan herba penawar cantik

MENGAPA perlu membazir duit membeli produk kecantikan pada harga mahal sedangkan ia boleh dihasilkan sendiri.
Hanya ubah suai laman rumah atau balkoni mini anda menjadi sebuah taman dengan tumbuh-tumbuhan yang berguna dalam rawatan kecantikan.
Pelbagai herba dan bunga yang boleh digunakan sebagai penawar masalah kulit, cela, parut termasuk masalah melibatkan rambut.
Di bawah ini, tersenarai jenis tumbuhan yang bukan sekadar cantik pada luaran, namun ia efektif bagi menyokong serta menyembuh kekurangan penampilan.


1. Kamomil: 
Tumbuhan ini mengandungi bahan antiradang yang sesuai untuk masalah kulit sensitif, kemerahan, kerengsaan, selaran matahari dan penyakit kulit yang melarat termasuk wajah kemerah-merahan (rosacea). Ia juga boleh merawat kulit bengkak atau mata sembap.
Caranya ialah dengan mengambil bunga kamomil dan jadikan ia secawan teh. Rendam kain bersih atau putik kapas dengan air teh yang telah sejuk dan letakkan di atas kedua-dua belah mata. Bunga ini juga elok dijadikan toner dan dicampur ke dalam air mandian.



2. Clary sage: 
Bunga berwarna violet keputihan dengan campuran merah jambu ini boleh menjadi astringen muka yang hebat untuk kulit berminyak. Ekstrak sage bersama bahan pengecut kulit seperti witch hazel efektif dalam mengawal pengeluaran minyak berlebihan oleh kulit.
Ia juga sesuai untuk merawat akne, seborea dan kelemumur serta boleh dijadikan deodoran dan pembilas rambut.



3. Komfrei: 
Pokok ini mempunyai bahan antiradang. Ia juga astringen dan bertindak sebagai emolien bagi merawat kulit rosak. Boleh digunakan dalam menangani masalah akne selain membantu pertumbuhan sel.



4. Pudina: 
Selain sifat semula jadinya yang sejuk dan menyegarkan, daun pudina juga amat berguna kepada kulit. Ia sering digunakan dalam toner, syampu, losen dan topeng muka. Amalan menyapu daun pudina pada wajah dapat mencegah jerawat dan merawat masalah ruam pada kulit.



5. Lavender: 
Sangat terkenal sebagai haruman yang menenangkan. Aroma relaks lavender menjadikan ia antara minyak urut popular di kebanyakan spa. Kandungan antibakteria dalam ekstrak tumbuhan ini selamat disapu terus pada kulit.
Ia digunakan bagi mengatasi kulit kepala gatal, keradangan dan penyakit kulit seperti akne, psoriasis dan ekzema.



6. Serai: 
Merupakan sejenis tumbuhan antimikrob, antibakteria dan rintang kulat. Ia digunakan sebagai astringen bagi mengecilkan pori-pori, mengawal dan membersihkan minyak berlebihan pada kulit.
Serai mampu mencegah pembentukan akne. Untuk tujuan melicin dan merawat kedut kulit pula, ekstrak serai sering ditemui dalam kebanyakan toner.



7. Lemon verbena: 
Mempunyai aroma menyenangkan dan mampu merangsang rasa positif dalam badan apabila dicampur ke dalam air mandian suam. Ia turut digunakan sebagai pengurang kesembapan di sekeliling mata. Boleh juga dijadikan minyak urut bagi membersih dan melembutkan kulit.



8. Rosemary: 
Sejenis herba yang sering digunakan sebagai pewangi. Mempunyai ciri antiradang, pembunuh kuman dan astringen. Kebolehannya memperbaiki kulit menggeleber dijadikan kekuatan untuk digunakan sebagai bahan utama dalam produk antipenuaan.
Ia mengurangkan minyak berlebihan pada kulit dan digunakan bagi merawat akne, dermatitis dan ekzema. Rosemary juga efektif merawat kesembapan dan merangsang peredaran darah serta memperbaiki tekstur kulit.


sumber | kosmo online

[Gambar] Bukti Bomba Buat Kerja

Apa Bomba Buat Lepas Padamkan Api?

Tak semua bomba macam ini....cuma!! kadang kala..nak buktikan yang kita ini buat kerja!!





ha ha ha... nice pic...

Kampung Tanpa Jalan Raya - Giethoorn, Netherland

Bagi sesiapa yang bermimpi kehidupan yang indah seperti berada era peter pan, mungkin mahu berpindah ke Giethoorn, Belanda (Netherland). Ia adalah sebuah kampung yang sangat indah dan  tidak mempunyai jalan raya. Satu-satunya akses adalah menggunakan jalan air atau berjalan kaki di atas jambatan gerbang kayu.
Ia terletak di wilayah Overijssel, terdapat 4 batu terusan dan farmhouses dengan bumbung rumbia sejak abad ke-18.

Giethoorn dikenali sebagai Venice dari Belanda. Ia tidak hairanlah Giethoorn adalah satu tarikan pelancongan yang popular dan telah diberikan nama samaran Venice Netherlands. Berbasikal dan pelayaran  adalah sebahagian daripada acara untuk mencari daya tarikan desa itu.

Kampung ini diasaskan oleh sekumpulan pelarian dari rantau Mediterranean sekitar AD 1230. Ia menjadi terkenal pada tahun 1958.