tengah syok2.. dok baca pasal ramai arti nak kahwin lepas raya nih.. kuar lak citer pasal perceraian artis.... perceraian di antara dramatis Ainina Ahmad B dan jugak penyanyi Rahmat (Mega)... ermm.. lama gak Ainina tak berlakon... rupanya mereka dah berpisah sejak Januari lagi.. patutla mula nampak Ainina ada balik berlakon... ermm.. mungkin ada rahmatnya.... semoga mereka berdua menemui kebahagiaan masing2....
Dah lama tak dengar cerita pelakon, Ainina Ahmad B dan juga suaminya, Rahmat dari kumpulan Mega. Apa yang diketahui mereka berdua telah pun bercerai sejak Januari lalu. Ainina mengakui yang mereka telah sah bercerai dan keputusan berpisah itu diambil bukanlah kerana mereka bergaduh atau tidak sehaluan pendapat, sebaliknya terpaksa diambil demi menjaga hati pihak tertentu. Mungkin sampai di sini saja jodoh pasangan ini. Semoga mereka berdua bahagia dengan hidup masing-masing.
Kata Ainina, “Ya, kami bercerai Januari lalu selepas sekian lama saya bersabar. Selepas berbincang dengan Abang (Rahmat) secara baik, kami bersetuju mengakhiri perkahwinan kami. Walaupun masih ada perasaan cinta terhadap Abang, saya sanggup berkorban melawan perasaan itu. Apabila keputusan ini dibuat, saya hanya mampu menangis kerana terpaksa melepaskan orang yang masih saya sayangi. Bagaimanapun pada masa sama, saya rasa terlepas beban selepas bercerai. Saya juga enggan rujuk semula dan anggap hubungan kami sebagai kawan. Sekarang saya kembali sibuk berlakon dan Abang sanggup sediakan pembantu rumah bagi menjaga anak kami. Anak pun faham keadaan kami sekarang. Kami tidak mahu anak kehilangan dan ambil keputusan keluar bersama-sama sekiranya ada kelapangan”.
No comments:
Post a Comment