Hot Minggu Ini

Monday, August 22, 2011

Fizz Fairuz dan Almy Nadia Break-Off??| Oh Tidakkkkk.....


Fizz Fairuz ngan Almy Nadia Break-off???... amboi.. amboi.. amboi... sesedap rasa je menambah perisa ye..... untuk pengetahuan semua pasangan dua sejoli nih masih lagi bersama setelah 5 tahun bercinta.. dan kata Fizz mungkin tak lama lagi mereka akan ke peringkat yg seterusnya... ehemm.. ehem.... alhamdulillah....

Baru-baru ini heboh dan kecoh mengatakan yang Fizz Fairuz telah pun putus cinta dengan kekasihnya Almy Nadia disebabkan orang ketiga. Walaupun pelbagai kontroversi telah menghimpit Fizz dan Almy namun pasangan ini tabah menghadapinya dan Fizz suka mengambil sikap berdiam dan mengabaikan segala gosip dan khabar angin yang mengatakan dia ada hubungan dengan wanita lain. Itulah lumrah yang terpaksa ditelannya meskipun jauh di sudut hati, tersembunyi perasaan yang kecewa setiap kali dihambat kisah negatif. Aktor berusia 32 tahun ini menafikan sekeras-kerasnya akan dakwaan kononnya dia sudah berpisah dengan Almy, setelah 5 tahun mereka berkasih. Fizz juga mengatakan dia dan Almy bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi namun tidak diberitahu bilakah masanya. Sempena Aidilfitri yang bakal tiba ini juga Fizz cuba mencari peluang untuk beraya ke rumah kekasihnya di Pulau Pinang.

Kata Fizz, “Kami sudah lebih lima tahun bersama dan mustahil untuk saya melepaskan Almy begitu saja. Kami sudah serasi bersama dan kenal antara satu lain. Malah, sekarang pun saya sudah bersedia untuk membawanya ke peringkat yang lebih jauh kerana sebelum ini masing-masing sibuk dan gigih mengukuhkan nama. Insya-Allah kalau diberi rezeki dan keizinan, saya akan mengakhiri hubungan ini dengan cara yang baik tidak lama lagi”.

No comments: