Hot Minggu Ini

Thursday, August 11, 2011

Faezah Elai - Heykal Nikah 9 September?



ramai lak artis yang nak kawen  setengah tahun kedua neh... ermm.. alhamdulillah..... dalam dok kecoh2 Memey ngan Norman Hakim dah duk edar2 kad... Faezah Elai lak nak nikah 9 September neh... (cam nama filem... filem apa ek??)

Mahu melupakan segala kontroversi yang pernah menjerat dirinya, kini pelakon yang sedang meningkat popular, Faezah Elai mengakui bakal mendirikan rumahtangga bersama pengarah berstatus duda yang sebelum ini pernah dikaitkan dengannya iaitu Heykal Hanafiah pada 9 September 2011 ini.
Jelas Faezah Elai, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa pada awalnya dia enggan mendedahkan lelaki yang telah berjaya bertakhta di hatinya.
“Memang sebelum ini, saya pernah nafikan dia bakal jadi pasangan hidup saya. Tapi, semua itu saya lakukan kerana mahu menjaga hati bakal mertua saya. Bakal mertua saya sendiri yang telah meminta saya untuk merahsiakan dahulu siapa pilihan hati saya sehinggalah kad kahwin sudah siap.
“Kata bakal mertua saya, biarlah saya seorang sahaja yang glamor dan biarlah saya mengeluarkan kenyataan selepas sudah ada lampu hijau,” katanya kepada murai.com.my sambil memberi penjelasan mengapa sebelum ini dia sering berteka-teki mengenai calon suaminya itu kepada umum.
Bakal melangsungkan pernikahan di kampung halamannya Pulau Pinang, Faezah  Elai memberitahu, majlis resepsi perkahwinannya pula akan diadakan pada penghujung tahun ini di lokasi yang sama.
Tidak kisah dengan tanggapan dan cemuhan masyarakat terhadapnya kerana sebelum ini dia dengan sekeras-kerasnya telah menafikan mempunyai hubungan atau penyebab kepada keruntuhan rumahtangga Heykal, jelas wanita berusia 29 tahun lagi, sememangnya bukanlah dia punca keretakan mahligai bakal suaminya itu. Malah jauh sekali untuk menjadi perampas.
“Saya bukan perampas dan punca mereka bercerai. Hanya saya dan dia sahaja tahu punca dan penyebabnya. Malah, kami mula rapat selepas dia bercerai dan bibit cinta itu sendiri timbul apabila kami sering berbincang mengenai kontroversi atau tuduhan yang dilemparkan kepada saya,” katanya lagi.
Ditanya tentang persiapan perkahwinannya, Faezah berkata lagi, dia akan menyerahkan segalanya kepada keluarga kerana sibuk di lokasi penggambaran. Doanya agar majlis perkahwinannya kelak dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

sumber : Murai.com

No comments: