Hot Minggu Ini

Friday, August 19, 2011

Taja (MUH) Kahwin 1 Oktober 2011


Suka.. suka.. suka... lagi artis bakal menamatkan zaman bujang mereka... kalai ni giliran Taja, pemain gitar utama kumpula Meet Uncle Hussain... wah.. wah.. lama gak mereka nih bertunang.. dua tahun.. nasib baik takde aral melintang.. moga majlis mereka yang bakal diadakakan pada 1 Oktober ini akan berjalan dengan lancar..... aminnn....

Sudah tak lama lagi setelah dua tahun mengikat tali pertunangan, komposer dan pemain gitar utama kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), Nik Mustaza Nik Mustapha atau lebih mesra disapa Taja bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangnya, Nafisah Mohamat Yusof Khir atau Kimmy pada 1 Oktober ini. Pasangan ini sudah berkenalan sejak empat tahun lalu sepakat memilih tarikh itu untuk disatukan. Sepanjang tempoh perkenalan, Taja mengakui pelbagai dugaan dilalui. Apapun, Taja tetap berdebar dan teruja menanti hari bersejarah itu. Kini Taja dan Kimmy sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagianya.  Menurut Kimmy, kebanyakan barang perkahwinan mereka beli dan ditempah khas dari Bandung. Pasangan itu memilih tema pernikahan warna putih.  Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Dewan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur pada 2 Oktober manakala majlis sebelah lelaki pula akan diadakan seminggu kemudian di Nilai, Negeri Sembilan.

Kata Taja, “Mungkin sudah jodoh kami. Selepas empat tahun mengenali, saya dan tunang memilih tarikh 1 Oktober untuk mendirikan rumah tangga. Saya akui berdebar dan pada masa sama teruja dengan perkahwinan ini. Sepanjang bertunang memang banyak dugaan yang kami lalui.  Bagus juga tunang lama-lama sebab boleh uji pasangan masing-masing. Sebelum ini memang kami ada merancang, namun terpaksa menangguhkannya disebabkan beberapa hal yang berlaku. Akhirnya, kami membuat keputusan selepas berbincang dengan keluarga masing-masing. Alhamdulillah, 1 Oktober ini adalah hari saya dan Taja akan disatukan kalau tiada apa-apa halangan”.

No comments: