Wednesday, August 31, 2011

Beyonce mengandung sudah.....


wah.. tahniah diucapkan pada Beyonce and her hubby... Jay-Z.... makin berseri nampaknya Beyonce....

Friday, August 26, 2011

Eizlan Yusuf bakal dapat Datuk???



wah.. berita gembira ni.. tahniah terlebih dahulu diucapkan....  khabar-khabarnya surat watikah telahpun diterima oleh pihak Eizlan. Negeri mana tidak pula dinyatakan namun hasil kajian media malaya, 24 Oktober merupakan Hari Keputeraan Sultan Pahang, jadi tidak mustahil surat watikah sudah diedarkan. Jika benar Eizlan Yusuf akan mendapat title Datuk, diucapkan setinggi-tinggi tahniah. Teruskan usaha cemerlang anda dalam industri seni tanahair.....

eizlan dan isteri Vie Shantie with anak2... Vie Zaara n Zareef Yusof
 Vie Zaara
Zareef Yusof

penah jenguk blog eizlan yusuf? de 2 tau..... aku & duniaku dan jugak tikam lidah

Wednesday, August 24, 2011

Pokok Durian yang pelik

mak aii...mmg beruntung..... selamat pun selamat... durian runtuh? oh no.. durian bergolek je... ehehehehe..... untung pakcik neh... lebat lak tu....

biasa tengok cenggini kan?....

cenggini penah tengok?... erkkk...

Tuesday, August 23, 2011

Nabila Huda dan Zaidy bakal bercerai??


Dalam pada duk gembira dengar pasal Ezlyn serta Awal Ashari dan Scha Al-Yahya yang bakal menamatkan zaman bujang, terbaca lak cerita pasal Nabila Huda sedang mohon untuk bercerai dengan suaminya. Takde angin tiba-tiba bergoyang.

Nabila dilihat mengunjungi Pejabat Kadi Bahagian Perkahwinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Nabila menyatakan dia mahu menamatkan masalah yang telah lama mereka hadapi di mana ianya sejak Nabila belum mengandung lagi.

Kata Nabila, “Saya ke sini untuk membuat permohonan cerai kerana suami tidak mahu menceraikan saya. Saya sudah tidak mampu meneruskan perkahwinan yang berusia lebih tiga tahun ini. Saya tidak nafikan suami saya seorang yang baik cuma ada beberapa perkara yang menghalang saya meneruskan hidup bersamanya”. 

 Namun Nabila tidak dapat memfailkan permohanan cerai tersebut kerana tidak membawa sijil nikah bersama. isk.. isk.. isk... harap2 dibulan mulia serta menjelang Syawal ini dapat mengukuhkan semual ikatan mereka suami isteri demi Keisha Laila

Ezlyn bakal berkahwin 11.11.11



wah.. dalam diam-diam rupanya Ezlyn juga akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi... tarikh yang dipilih pula cantik... 11.11.11... wah Ezlyn.. lama menyepi tiba-tiba muncul cerita nak kahwin ye... tahniah diucapkan... bakal suaminya pula masih dirahsiakan.. kita tunggu saja nanti kad walimatul urus dari Ezlyn...

Ezlyn popular dengan lagu seperti Hye Hye Bye Bye, Jikalau Aku, Pening (duet bersama Dato'  M. Daud Kilau) dan Bersamamu

Awal Ashaari & Scha Al-Yahya bakal berkahwin 2012

Lagi berita menggembirakan menjelang Syawal ini. Kali ini giliran Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya pula membuat pengakuan yang mereka akan menamatkan zaman bujang pada akhir tahun hadapan... Bulan berapa tak pula pasti..... ermm... Alhamdulillah..... semoga mereka berdua dapat mencapai hajat mereka dan berbahagia hingga ke akhir hayat...
Scha sekarang sedang sibuk menguruskan kiosknya Schapoholics di The Curve, Damansara yang mana telahpun beroperasi sejak 3 bulan yang lalu. 

Monday, August 22, 2011

[Gambar] Siti Saleha di majlis berbuka puasa & ramah mesra bersam peminat

Jom layan gambar2 Siti Saleha a.k.a. Nora Elena di majlis berbuka puasa dan ramah mesra bersama peminat2nya di Hotel Carlton Shah Alam baru2 nih....





Fizz Fairuz dan Almy Nadia Break-Off??| Oh Tidakkkkk.....


Fizz Fairuz ngan Almy Nadia Break-off???... amboi.. amboi.. amboi... sesedap rasa je menambah perisa ye..... untuk pengetahuan semua pasangan dua sejoli nih masih lagi bersama setelah 5 tahun bercinta.. dan kata Fizz mungkin tak lama lagi mereka akan ke peringkat yg seterusnya... ehemm.. ehem.... alhamdulillah....

Baru-baru ini heboh dan kecoh mengatakan yang Fizz Fairuz telah pun putus cinta dengan kekasihnya Almy Nadia disebabkan orang ketiga. Walaupun pelbagai kontroversi telah menghimpit Fizz dan Almy namun pasangan ini tabah menghadapinya dan Fizz suka mengambil sikap berdiam dan mengabaikan segala gosip dan khabar angin yang mengatakan dia ada hubungan dengan wanita lain. Itulah lumrah yang terpaksa ditelannya meskipun jauh di sudut hati, tersembunyi perasaan yang kecewa setiap kali dihambat kisah negatif. Aktor berusia 32 tahun ini menafikan sekeras-kerasnya akan dakwaan kononnya dia sudah berpisah dengan Almy, setelah 5 tahun mereka berkasih. Fizz juga mengatakan dia dan Almy bakal mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi namun tidak diberitahu bilakah masanya. Sempena Aidilfitri yang bakal tiba ini juga Fizz cuba mencari peluang untuk beraya ke rumah kekasihnya di Pulau Pinang.

Kata Fizz, “Kami sudah lebih lima tahun bersama dan mustahil untuk saya melepaskan Almy begitu saja. Kami sudah serasi bersama dan kenal antara satu lain. Malah, sekarang pun saya sudah bersedia untuk membawanya ke peringkat yang lebih jauh kerana sebelum ini masing-masing sibuk dan gigih mengukuhkan nama. Insya-Allah kalau diberi rezeki dan keizinan, saya akan mengakhiri hubungan ini dengan cara yang baik tidak lama lagi”.

Friday, August 19, 2011

Rozita Che Wan mahu lelaki bujang dan muda


wah.. wah... nasib orang cantik.. boleh pilih pulak ye nak yang muda atau yang tua... ermm.. kalau tak silap sebelum ni ada terdengar di tv, RCW menafikan dia bercinta dengan pemain bola sepak sebab dia tak nak yang muda. Katanya kalau RCW kahwin dengan org muda nanti bila RCW dah tua, suaminya masih muda lagi dan akan cari isteri yang muda pula... alih2 skang ni nak yang muda pulak ye RCW.. eheheh....

tak kisah la kan. yang muda ke yang tua ke.. janji sayang kita kerana diri kita.. bukan kerana hiasan dunia....
yang paling penting bujang......

Pelakon jelita yang menjadi kegilaan ramai Rozita Che Wan, yang pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi muda Shahir mengakui dia sememangnya lebih suka kepada lelaki muda dan bujang untuk dijadikan calon suami. Bagi RCW lelaki muda tidak bersikap dominan seperti lelaki yang berusia yang lebih suka mengawal dan mahu wanita menurut segala kata.

Kata RCW, “Lelaki muda tidak suka mengarah kita sedangkan yang berusia, mereka lebih suka mengarah. Itulah yang membuatkan saya tidak terpikat lelaki berusia”.

Ainina Ahmad B dan Rahmat (Mega) bercerai







tengah syok2.. dok baca pasal ramai arti nak kahwin lepas raya nih.. kuar lak citer pasal perceraian artis.... perceraian di antara dramatis Ainina Ahmad B dan jugak penyanyi Rahmat (Mega)... ermm.. lama gak Ainina tak berlakon... rupanya mereka dah berpisah sejak Januari lagi.. patutla mula nampak Ainina ada balik berlakon... ermm.. mungkin ada rahmatnya....  semoga mereka berdua menemui kebahagiaan masing2....


Dah lama tak dengar cerita pelakon, Ainina Ahmad B dan juga suaminya, Rahmat dari kumpulan Mega. Apa yang diketahui mereka berdua telah pun bercerai sejak Januari lalu. Ainina mengakui yang mereka telah sah bercerai dan keputusan berpisah itu diambil bukanlah kerana mereka bergaduh atau tidak sehaluan pendapat, sebaliknya terpaksa diambil demi menjaga hati pihak tertentu. Mungkin sampai di sini saja jodoh pasangan ini. Semoga mereka berdua bahagia dengan hidup masing-masing.

Kata Ainina, “Ya, kami bercerai Januari lalu selepas sekian lama saya bersabar. Selepas berbincang dengan Abang (Rahmat) secara baik, kami bersetuju mengakhiri perkahwinan kami. Walaupun masih ada perasaan cinta terhadap Abang, saya sanggup berkorban melawan perasaan itu. Apabila keputusan ini dibuat, saya hanya mampu menangis kerana terpaksa melepaskan orang yang masih saya sayangi. Bagaimanapun pada masa sama, saya rasa terlepas beban selepas bercerai. Saya juga enggan rujuk semula dan anggap hubungan kami sebagai kawan. Sekarang saya kembali sibuk berlakon dan Abang sanggup sediakan pembantu rumah bagi menjaga anak kami. Anak pun faham keadaan kami sekarang. Kami tidak mahu anak kehilangan dan ambil keputusan keluar bersama-sama sekiranya ada kelapangan”.



Taja (MUH) Kahwin 1 Oktober 2011


Suka.. suka.. suka... lagi artis bakal menamatkan zaman bujang mereka... kalai ni giliran Taja, pemain gitar utama kumpula Meet Uncle Hussain... wah.. wah.. lama gak mereka nih bertunang.. dua tahun.. nasib baik takde aral melintang.. moga majlis mereka yang bakal diadakakan pada 1 Oktober ini akan berjalan dengan lancar..... aminnn....

Sudah tak lama lagi setelah dua tahun mengikat tali pertunangan, komposer dan pemain gitar utama kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH), Nik Mustaza Nik Mustapha atau lebih mesra disapa Taja bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangnya, Nafisah Mohamat Yusof Khir atau Kimmy pada 1 Oktober ini. Pasangan ini sudah berkenalan sejak empat tahun lalu sepakat memilih tarikh itu untuk disatukan. Sepanjang tempoh perkenalan, Taja mengakui pelbagai dugaan dilalui. Apapun, Taja tetap berdebar dan teruja menanti hari bersejarah itu. Kini Taja dan Kimmy sibuk membuat persiapan menjelang hari bahagianya.  Menurut Kimmy, kebanyakan barang perkahwinan mereka beli dan ditempah khas dari Bandung. Pasangan itu memilih tema pernikahan warna putih.  Majlis resepsi pihak perempuan akan diadakan di Dewan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur pada 2 Oktober manakala majlis sebelah lelaki pula akan diadakan seminggu kemudian di Nilai, Negeri Sembilan.

Kata Taja, “Mungkin sudah jodoh kami. Selepas empat tahun mengenali, saya dan tunang memilih tarikh 1 Oktober untuk mendirikan rumah tangga. Saya akui berdebar dan pada masa sama teruja dengan perkahwinan ini. Sepanjang bertunang memang banyak dugaan yang kami lalui.  Bagus juga tunang lama-lama sebab boleh uji pasangan masing-masing. Sebelum ini memang kami ada merancang, namun terpaksa menangguhkannya disebabkan beberapa hal yang berlaku. Akhirnya, kami membuat keputusan selepas berbincang dengan keluarga masing-masing. Alhamdulillah, 1 Oktober ini adalah hari saya dan Taja akan disatukan kalau tiada apa-apa halangan”.

Wednesday, August 17, 2011

[Gambar] Norman Hakim dan Abby Abadi serta anak-anak berbuka puasa bersama

Walaupun dah tak bersama, anak2 tetap diutamakan.. kan bagus macam ni.. takdela anak2 rasa kehilangan sangat....

Sibuk2 dengan persiapan utk majlis perkahwinan dengan Memey nanti.. Norman tetap ada masa untuk berbuka bersama anak2nya....

 
 
 
 
 

 
 
 

sumber : zon artis

Tuesday, August 16, 2011

Nabil pulak nak Kahwin


wah... wamai tul artis dah sampai seru neh... terbaru.. si Nabil lak... pun selepas raya (September) nih... Nabil akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya Nazirah (former stewardess) yang telah dikenali hampir 6 tahun dan mula rapat awal tahun ini.. (lepas break-off ngan Irma agaknya)... tahniah diucapkan kepada Nabil dan Zira...

Yusry (KRU) & Lisa Surihani dah nak kawen???? ye.. ye....


wah.. sejak dah declare ke pengetahuan umum neh... couple nih dah mula amik langkah serius... dengar2 dah ade plan nak melangsungkan pernikahan 2012 ni... ermm.. amin...  bagus kan.. jgn tunggu lama2....



sumber - aper

update :  satu kenyataan mengenai perkara ini telah dikeluarkan oleh pihak Yusri KRU... menyatakan berita mengenai perkahwinan Yusri dan Lisa yang dikatakan akan diadakan pada 2012 adalah salah faham sahaja... Sekiranya ada berita gembira mengenai mereka berdua akan datang akan dimaklumkan kemudian.... 

ala... ingatkan dah konpem..

sumber - zon artis

Monday, August 15, 2011

[Gambar] Kad Kahwin Ashraf Muslim



Lain dari yang lain kan kad walimatul urus Ashraf dengan bakal isterinya Nor Dayana Haji Lokman nih?... ermm.... tulisan jawi lagi.. mengekalkan penggunaan tulisan jawi di zaman manusia yang mungkin ada yang tak pandai baca Jawi... dan yang ingat2 lupe.. huhuhu....