Antara salah satu cadangan yang dituntut dalam Bajet 2013 : Bonus Tambahan, Bonus Setengah Bulan oleh CUEPACS. Adakah ianya akan ditunaikan dan seterusnya memberi manfaat kepada 1.4 juta Kakitangan Awam. Sama-sama kita nantikan menerusi Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 Malaysia Oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tepat pada pukul 4.00 petang ini.. ^__^
Dalam 6 Tuntutan Utama yang disenaraikan oleh Cuepacs bagi Bajet 2013 sebelum ini. Cuepacs mencadangkan agar kerajaan memberi perhatian dalam isu ;
1. Perumahan mampu milik terutama di kawasan bandar. “Perumahan mampu milik di bandar untuk penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami berharap kerajaan dapat memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang memerlukan pemaju perumahan di bandar bagi mengeluarkan rizab 35 peratus daripada projek-projek mereka bagi membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000,”2. Elaun perumahan sewa bulanan semasa perlu dinaikkan dari kadar semasa iaitu RM180, bersesuaian dengan kadar pasaran sekarang.
3. Pemberian bonus tambahan selain daripada bonus setengah bulan yang diberi sebelum ini.
4. Memperjuangkan nasib 45,000 pekerja kontrak yang akan berakhir pada 31 Disember ini – “Kebanyakan mereka berusia antara 40 sehingga 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman perumahan yang perlu dibayar. Kami berharap Kerajaan dapat mempertimbangkan sewajarnya bagi melanjutkan kontrak ataupun meletakkan mereka pada skim pencen dan skim kumpulan wang simpanan,”
5. Mengkaji semula pemansuhan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) di peringkat pusat
6. Menyelesaikan isu tangga gaji maksimum yang tidak selaras dengan kenaikan gaji tahunan (KGT).
Sekiranya 70 peratus cadangan yang diusulkan oleh Cuepacs diluluskan dan oleh pihak kerajaan dalam pembentangan Bajet 2013 ini. Cuepacs yang mewakili 1.4 juta kakitangan awam dikatakan telah berjanji agar penjawat awam bekerja lebih masa sebagai balasan.
- Sanggup ke kakitangan kerajaan mengamalkan budaya datang bekerja 15 minit lebih awal dan balik lewat 15 minit lebih lewat (30 minit) ? Anastasyea Blog
Hot Minggu Ini
Friday, September 28, 2012
Bajet 2013 : Tuntutan Cupacs
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment