Tuesday, November 29, 2011

Sempoi... Gambar Dihasilkan Daripada 221,000 Sprinkles...

Imej anjing dibawah telah dihasilkan oleh Joel Brochu yang selalu menggunakan objek harian sebagai bahan asas untuk berkarya. Beliau mula bereksperimen dengan coklat M&M untuk mewujudkan imej, tetapi saiz mereka adalah satu halangan utama.

Beliau kemudian bertukar kepada Sprinkles iaitu bola gula berwarna kecil yang selalu digunakan dalam hiasan kek, cupcakes dan manisan lain. Brochu segera memilih ini sebagai bahan utama untuk membuat kerja-kerja seni yang indah.

Sejumlah daripada 221,184 Sprinkles dalam enam warna yang berbeza telah digunakan dan saiz imej yang telah siap adalah 4 kaki x 1 ½ kaki. Dari jarak 16 kaki, gambar anjing Beagle tersebut kelihatan sempurna.








Sumber: budakbotak

No comments: