Thursday, September 15, 2011

Nurul Elfira Loy dalam Filem Jepun - Second Chance

papa kecoh
Ini memang satu pencapaian yang boleh dibanggakan kepada pelakon remaja comel, Nurul Elfira Loy atau Elfira Loy, 17, kerana berpeluang berlakon dalam filem Jepun “Second Chance”. Dalam filem arahan Kurosaki Hiroshi itu, Elfira membawa peranan sebagai Rin, seorang jururawat. Penampilannya menerusi filem itu bagaimanapun tidak memerlukan dia berbahasa Jepun sebaliknya berdialog dalam bahasa Inggeris. Elfira telah meluangkan masa selama sebulan pada Julai lalu di Jepun bagi menyiapkan penggambaran filem berkenaan.  Sememangnya ini merupakan pengalaman serta pencapaian yang terbaik Elfira kerana berjaya terlibat dalam industri antarabangsa. Apa yang menarik, tayangan perdana filem itu akan dilancarkan di Kuala Lumpur serentak dengan Festival Filem Jepun Ke-8 (JFF8) di Malaysia, bermula minggu ini. JFF8 di Malaysia yang berlangsung pada 15 hingga 20 September 2011. JFF8 bukan sekadar mempromosi budaya masyarakat Jepun ke Asia Tenggara, malah memberi peluang kepada peminat filem Negara Matahari Terbit ini menyaksikan pelbagai variasi filem menarik yang ditayangkan di rangkaian pawagam utama Golden Screen Cinema (GSC). Majlis pelancaran dan sidang media JFF8 berlangsung di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada esok, 13 September, disusuli tayangan perdana Second Chance.




No comments: