Tuesday, September 11, 2012

Bertaruh di Indonesia, Beroperasi di Kemboja



PHNOM PENH - Pihak berkuasa Kemboja pada Isnin lalu telah menahan seramai 114 warga Indonesia dalam satu serbuan perjudian bola sepak secara online di sekitar bandar raya ini.
Menurut Chhay Sinarith dari Kementerian Dalam Negeri Kemboja, sekumpulan 90 lelaki dan 24 wanita itu ditahan di dua buah rumah kediaman di bandar tersebut.
"Mereka ditahan ketika sedang menjalankan operasi perjudian yang diharamkan di negara ini.
"Mereka terlibat dalam pertaruhan bola sepak," katanya kepada AFP.
Beliau berkata, kumpulan itu mengambil pertaruhan bola sepak daripada orang ramai di Indonesia dan semua urusan perjudian dibuat melalui akaun bank secara online. - kosmo

No comments: