Thursday, October 13, 2011

Maharaja Lawak Mega - Gabungan 3 Negara

Maharaja Lawak Mega merupakan kesinambungan untuk program Maharaja Lawak dan akan bersiaran secara langsung  setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober. Ia mengetengahkan  47 orang pelawak profesional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Rancangan Maharaja Lawak Mega ini akan dihoskan oleh tetttt... AC MIZAL...

Ok.. cik nuyui mmg nak tengok  yang paling utama.. mestila Sobri.. ahahahahha... yg berkolaborasi (cewaahh) dengan Bok Kuman membentuk kumpulan BP - Bawal Power... dan jugak Achong Sweetchild.. tapi aiseyy.. nape lak dia bleh join venture ngan Joey (erkkk) dan buat kumpulan ANJE... dan of course la.. nak tengok Afclin Shauki ahahaha.. yang bentuk kumpulan BOBOI (ahahahahaaha) dengan Harun Salim Bachik.
Antara lain2 kumpulan / peserta dari Malaysia adalah seperti (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak),  OSBON (Mr Os dan Abon), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) dan jugak  Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid mengambil langkah berani dengan tampil sebagai peserta solo.

Juga terdapat kumpulan yang wujud daripada kolaborasi antara dua negara iaitu kumpulan SYOK yang dianggotai Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin.

Dari Singapura pula peserta komedi wanita iaitu Kumpulan GEBU yang dianggotai Hani dan Azian.

Manakala peserta Maharaja Lawak Mega dari Indonesia pula adalah  kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan kumpulan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).

So.. sila dapatkan Pakej ASTRO MUSTIKA mengkalau nak tengok sebab hanya ditayangkan di ASTRO WARNA ye adik-adik.. ehehehehehhe.... pandaiiii ASTRO kan..... (tapi tak bape pandai sebab channel for Baby (BBTV) telah dikenakan bayaran)...

No comments: