Wednesday, July 4, 2012

Suami merangkak kerana berdosa pada isteri




Pada 30 Jun lalu, kira-kira jam 1:40 petang di Putian, Fujian, seorang lelaki telah merangkak di atas jalan raya sambil menunduk kepalanya ke tanah setiap kali dia merangkak ke hadapan. Beberapa pekerja dan pelanggan di sebuah restoran yang berhampiran telah turun untuk melihat apa yang berlaku. Lelaki yang merangkak ini sangat muda dan kacak.


Dahi pemuda ini telah lebam dan berdarah kerana perbuatannya yang merangkak dan menghentakkan kepalanya di sepanjang perjalanan. Orang ramai yang tidak sanggup melihat kejadian ini telah meminta beliau berhenti tetapi pemuda itu mengucapkan terima kasih dan enggan menerima bantuan.


Beliau berkata beliau telah melakukan sesuatu kesalahan besar kepada isterinya, dan untuk meminta maaf, beliau akan merangkak seperti ini sehingga tiba ke Zhengrong Times Square. Dari lokasi semasa lelaki ini ditemui sehinggalah ke Zhengrong Times Square, pemuda itu perlu menempuhi jarak perjalanan sejauh lebih daripada 1000 meter.


Menurut saksi-saksi berhampiran, lelaki itu telah merangkak sejauh kira-kira 200 meter sebelum seorang wanita tiba dengan sebuah motosikal dan kemudian menahan sebuah teksi sebelum membawa lelaki ini pergi.- pulakdah

No comments: