PATERSON (New Jersey): Polis yang memeriksa sebuah apartmen untuk mengesan dadah terkejut apabila menemui seorang wanita dirantai dalam bilik tidur dipercayai sejak beberapa tahun atau sedekad lalu.
Wanita berusia 44 tahun itu ditemui sepasukan polis di rumah Michael Mendez yang terletak Paterson, New Jersey.
Mendez, disyaki anggota kumpulan samseng Latin Kings. Jurucakap polis, Brian Polite, berkata berdasarkan siasatan dan bukti, penyiasat yakin wanita terbabit dikurung antara dua hingga 10 tahun lalu.
“Wanita itu kadang-kadang dibenarkan keluar dari bilik ketika teman lelakinya berada di rumah,” katanya. Jiran Mendez berkata, dia mengenali lelaki terbabit beberapa tahun lalu dan memang dikenali ramai di kawasan penempatan berkenaan.
Katanya, Mendez, 42, sering dilihat di luar rumah dan sesekali mengilatkan kereta atau mendengar muzik. Dia juga mengaku melihat wanita terbabit beberapa kali dalam tempoh beberapa tahun lalu.
“Saya pernah nampak wanita itu masuk ke kereta beberapa tahun lalu,” katanya. Sementara itu jiran di tingkat atas apartmen Mendez mendakwa mereka tidak sedar ada orang lain tinggal di kediaman berkenaan. Seorang daripada mereka berkata, jika tidak kerana penemuan polis semalam, dia tidak tahu ada wanita di situ. Polis berkata, Mendez kini ditahan di Penjara Passaic dan tidak dapat dipastikan sama ada dia diwakili peguam atau tidak. Dia berdepan dakwaan menculik, mengurung serta kesalahan lain, termasuk berkaitan dadah.
Menurut polis, mereka menemui 4,200 pil kawalan bernilai AS$100,000 (RM311,476), 190 gram ganja dan hampir AS$23,000 (RM71,639) wang tunai. - AP
Hot Minggu Ini
Wednesday, August 15, 2012
10 tahun dirantai kekasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment