Hot Minggu Ini

Wednesday, August 1, 2012

Godam talian telefon untuk kurangkan kadar bayaran

MANILA: Polis menahan lapan warga Korea Selatan yang didakwa menggodam talian satu daripada syarikat telekomunikasi terbesar Filipina untuk mengurangkan kadar bayaran panggilan antarabangsa telefon bimbit bagi rakyat Korea Selatan lain di Filipina.
Ketua Bahagian Jenayah Siber Polis, Gilbert Sosa berkata, penggodam terbabit ditangkap semalam dalam empat serbuan di sekitar Manila bersama-sama dengan tujuh wanita tempatan yang bekerja untuk mereka. Menurut Sosa, kumpulan itu didakwa menggodam talian untuk panggilan antarabangsa Syarikat Globe Telecom dan menyambungkannya kepada kebanyakan pengguna Korea Selatan yang tinggal di Filipina dengan mengenakan bayaran kurang separuh daripada kadar biasa panggilan antarabangsa.

Tangkapan itu ekoran penahanan seorang lagi rakyat Korea Selatan minggu lalu yang didakwa menggodam talian Smart Communication, sebuah lagi syarikat telekomunikasi. - AFP

No comments: