Hot Minggu Ini

Wednesday, August 8, 2012

Isu asrama: Unisel mohon perintah mahkamah



HAH ALAM - Pihak pengurusan Universiti Selangor (Unisel) mengambil tindakan drastik dengan berusaha mendapatkan perintah mahkamah bagi membolehkan kira-kira 1,000 penuntut Unisel Kampus Bestari Jaya memasuki asrama untuk sesi pengajian yang bermula semalam.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berkata, tindakan mendapatkan perintah mahkamah tersebut sedang dilakukan Unisel sebagai usaha membantu pelajar agar dapat memasuki asrama tersebut dalam masa terdekat.

Malah, beliau turut mempertikaikan tindakan syarikat pengurusan hostel, Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB) yang menutup pejabat asrama tersebut sebagai tindakan tidak wajar dan melanggar perjanjian.

“Jika JNSB tidak berpuas hati dengan Unisel, mengapa pihak JNSB tidak memfailkan saman kepada universiti?.

“Mengapa menjadikan penuntut Unisel ini mangsa keadaan dalam isu ini. Nampaknya tindakan JNSB ini melanggar perjanjian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Ahli Lembaga Pengarah Unisel membuat keputusan menghentikan sementara pembayaran kerja penyelenggaraan asrama bagi membolehkan pengauditan dilakukan berhubung laporan yang diterima membabitkan prestasi kerja syarikat tersebut.

“Kita (Unisel) pernah cuba berunding, tetapi terma kontrak dilihat berat sebelah.

“Oleh itu Lembaga Pengarah Unisel membuat keputusan menghentikan sementara pembayaran setelah pihak pengauditan yang dilantik mendapati ada kekurangan dari pengurusan Unisel,” katanya.

Dr Halimah menyangkal dakwaan JNSB di mana tiada perbincangan bersama dilakukan dalam menyelesaikan isu tersebut.

“Kita pernah membuat perbincangan bersama, namun tidak menemui jalan penyelesaian sehinggalah sekarang di mana kita sekarang dalam proses peguam dalam menentukan orang tengah.

“Orang tengah dalam menyelesaikan masalah antara Unisel dan JNSB ialah Setiausaha Kerajaan Negeri dan kita di peringkat peguam,” katanya.

No comments: