Friday, August 3, 2012

Mengatur Perlawanan - 3 Negara Dibatalkan Penyertaan Olimpik 2012




Empat pasangan beregu wanita yang terlibat dalam menipu perlawanan di Sukan Olimpik London 2012 telah dibatalkan penyertaan mereka.

Empat pasangan itu merupakan dua pasangan Korea Selatan, satu dari Cina, dan satu dari Indonesia kerana sengaja bermain untuk kalah dalam perlawanan mereka dan memanipulasi kedudukan pertemuan di peringkat suku akhir seperti yang
dilaporkan di sini.

Persekutuan Badminton Dunia telah mendakwa kesemua lapan pemain itu kerana
"tidak memberikan usaha terbaik mereka untuk memenangi perlawanan" dan "kesalahan tingkah laku yang boleh menjejaskan sukan itu".

Empat pasangan itu sepatutnya bermain di dalam 8 perlawanan peringkat akhir petang semalam di Arena Wembley tetapi nampaknya jadual perlawanan akan disusun semula.


Ada kemungkinan pasangan pemain yang menduduki tempat ketiga dan keempat dalam kumpulan mereka akan layak bertanding kerana kerana penyingkiran pemain-pemain yang menipu perlawanan ini.


Semuanya bermula apabila pilihan utama dari China, Wang Xiaoli dan Yu Yang seolah-olah cuba untuk merancang kekalahan mereka ketika menentang pasangan utama Korea Selatan,
Jung Kyung-Eun dan Kim Ha-na untuk mengelakkan mereka daripada menjuarai peringkat kumpulan mereka.

Ini sekaligus mengelakkan mereka daripada bertemu pasangan senegara mereka, Tian Qing dan Zhao Yunlei.


Dalam pertemuan lain dalam Kumpulan C antara pasangan Indonesia,  Meiliana Jauhari dan Greysia Polii  yang bertemu pasangan kedua Korea Selatan, Ha Jung Eun dan Kim Min Jung juga bermain dengan taktik serupa - untuk kalah.


Beberapa
kali kedua-dua pasangan ini sengaja memukul bulu tangkis keluar atau terkandas di jaring, sehinggakan pengadil perlawanan mengeluarkan kad hitam, tanda melakukan kesalahan paling keras dalam badminton.

Pertandingan tersebut tetap dilanjutkan sehingga selesai dengan keputusan 18-21, 21-14 dan 21-12 untuk kemenangan ke atas pasangan Korea Selatan.

Kedua-dua pasangan pemain sengaja bermain untuk kalah bagi mengelakkan bertemu dengan lawan terkuat dalam pertemuan suku akhir.


Semua pemain telah dicemuh oleh penonton dengan sorakan 'boo' kerana bermain dengan tidak profesional.
- pulakdah

No comments: