Wednesday, August 29, 2012

Marang : Ditembak Ketika Main Dam




MARANG -  “Siapa Pak Mat Bulan?“ tanya seorang lelaki sebelum melepaskan dua das tembakan ke arah Mat Keya Jusof, 54, sebaik mangsa menjawab pertanyaan berkenaan dalam kejadian di Kampung Bukit Cempedak, Wakaf Tapai, di sini, kelmarin.

Ketika itu, mangsa seorang penebar roti canai yang juga bapa kepada lima anak sedang bermain dam di kedai miliknya. Tiba-tiba tiga lelaki yang menaiki kereta Perodua Viva tiba dan memanggil nama samaran mangsa iaitu Pak Mat Bulan. Salah seorang lelaki itu kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa.

Mat Keya rebah akibat terkena dua das tembakan di belakang badannya. Manga yang dikejarkan ke hospital bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Mangsa, Mat Keya Yusof menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke hospital. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan, kejadian berlaku kira-kira jam 11:30 malam semalam.

Tambah ACP Manoharan, siasatan awal mendapati mangsa ditembak dari jarak dekat. Motif sebenar kejadian masih disiasat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. - pulakdah

No comments: