Hot Minggu Ini

Wednesday, August 1, 2012

Pencuri minta hukuman penjara seumur hidup

HARARE: Penjara di Zimbabwe sering dikecam kerana terlalu sesak.
Bagaimanapun, seorang pencuri semalam merayu seorang majistret supaya memenjarakannya seumur hidup dengan berkata, kehidupan dalam penjara adalah lebih baik.

Media tempatan melaporkan, Lovemore Manyika, 22, yang sering didapati bersalah kerana pelbagai kesalahan, merayu supaya dipenjarakan seumur hidup.

Dia berbuat demikian menerusi nota selepas didapati bersalah merompak sebuah rumah.

“Kehidupan dalam penjara adalah lebih baik daripada di luar. Semoga saya diberikan kehidupan dalam penjara,” kata Manyika dalam nota yang dibacakan oleh pendakwa raya, menurut laporan akhbar The Herald.


“Semoga saya diberi kehidupan di penjara.” Bagaimanapun, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atasnya.


Pendakwa raya berkata, lelaki itu memanjat tembok keselamatan sebelum memasuki sebuah apartmen menerusi tingkap tandas dan mencuri pelbagai gajet, termasuk dua iPhone Apple dan wang tunai RM5,400.

Penjara di Zimbabwe dikecam oleh aktivis hak asasi manusia sebagai tidak sesuai untuk dihuni oleh manusia dan banduan sering menderita akibat penyakit berjangkit sementara makanan sentiasa tidak mencukupi. - AFP

No comments: